Slum scum rasminya di tubuhkan pada penghujung tahun 1991,di Ibukota Kuala Lumpur. Di asas kan oleh anak muda bernama Zulkhairi@Eri Alto yang mengilai muzik ekstrim dari Sepultura, Incubus, Napalm death dan banyak lagi....
Di awal penubuhan, band ini hanya di anggotai oleh Eri Alto(vox/gitar)Matt(bass) & Lily sebagai drummer undangan dengan berpaksikan muzik thrash/speed metal. Nama band ini di berikan oleh rakan Eri ...iaitu Jo' yang mencerminkan persepsi masyarakat terhadap golongan pemuzik thrash metal yang di anggap menbawa gejala negatif. Bermula dengan rakan2 di Central market sejak era lewat 1989 lagi,.. Sehinggalah Eri bertemu dengan Matt yang berasal dari Selangor lantas tertubuhnya band ini. Eri juga mengikuti kursus kelas muzik di Yamaha Muzik. Setelah beberapa bulan penubuhan band ini, Qayum menyertai mereka di posisi vocal utama, dan atas cadangan Qayum band ini telah mengubah konsep muzik dari thrash metal kepada muzik yang lebih berat Grind/Death metal dengan pengaruh dari Napalm death, Morbid Angel, Repulsion, Terrorizer, Decide.....etc.
Selang seminggu kemasukan Qayum, mereka menerima seorang lagi anggota 'Mail' yang menggalas posisi Bass dan Matt menggalas posisi second gitar. Setelah beberapa bulan jamming dengan drum undangan, Lee space ex Rator, ex Sil khannaz, ex Silent Death akhirnya menggalas tugas drummer undangan untuk Slum scum. Tahun 1992,mereka mula belajar mengarang lagu2 sendiri. Atas kepercayaan Joe Siva big bos VSP, label ini telah menawarkan Slum scum merakamkan album sulung di bawah VSP. Satu tawaran yang cukup bermakna buat mereka. Memulakan proses rakaman sekitar bulan Mac 1993,di King Studio petaling jaya dengan selian Jig selaku sound engineer & penerbit album. Ketika dalam proses rakaman, Mail(bass) bertindak mengundurkan diri atas alasan peribadi, ini memaksa Eri Alto & Matt mengambil tugas bass. Lee space turut di undang untuk posisi drum. Album sulung Slum scum berjudul "Menace to Insanity " mula di pasarkan pada pertengahan '93 oleh VSP dalam format kaset.Mengandungi 8 buah lagu berpaksikan Old Grind/Death Metal! Kesemua lagu adalah hasil ciptaan anggota Slum scum sendiri.
Cover kaset 1993 -VSP
Line up Qayum(vox) Eri Alto(gitar/bass) Matt(gitar/bass)& Lee space(drum). Impak album ini tetap di rasai biarpun nama Slum Scum tidak segah nama Sil khannaz yang turut mengeluarkan album pada tahun yang sama.Penyertaan Lee space bersama band ini turut menbantu band ini lebih di kenali di dalam scene muzik berat tanahair. Setelah beberapa bulan di pasaran, Qayum menbuat keputusan untuk berundur atas kerjaya peribadi.Di ikuti oleh Matt tidak lama selepas itu....Eri Alto menbuat keputusan untuk merehatkan band ini. Dalam tahun 1995,Eri sempat menjadi seasonist gitar untuk Ep band Mistery ex Kitanai Chi .
Hampir 5 tahun menyepi, Eri Alto kembali menghidupkan Slum Scum bersama seorang rakan baru 'Norman'. Mereka merancang untuk merakamkan album ke 2 berjudul " TODAY " di mana Eri bertindak sebagai vox/gitar/bass & Norman(drum).Menukar konsep Grind/Death metal kepada Ska/Grindcore!Satu konsep yang agak unik... Memulakan rakaman sekitar awal tahun 1999, dan album ke 2 ini di rancang untuk di pasarkan di bawah label Pony Canyon. Beberapa buah lagu turut di rakamkan antaranya Ohooo, Radio,...ciptaan Eri sendiri. Namun album ke 2 yang di rancang di keluarkan pada penghujung '99 ini tidak menjadi dan tertangguh di sebabkan beberapa masalah dalaman.....sehingga nama Slum Scum lenyap dari scene muzik.
Pic 1999
Tahun 2016, Eri Alto & Matt muncul kembali di persada muzik ekstrim tanahair...merakamkan single yang di siarkan di YouTube. Matt mengambil alih posisi vocalis dan Eri Alto @Eri punk masih di posisi gitar utama. Single 2016,ini tampil dengan satu kelainan di mana Matt di gandingkan bersama vocalis wanita dengan lirik bahasa melayu. Ianya cukup berbeza dengan konsep Slum Scum di era album pertama. Pertengahan 2016, label besar NSR telah menbeli hak cipta VSP dan meriliskan kembali album "Menace to insanity "dalam format CD dengan cover asal. Satu usaha yang baik dari saudara En. Kamarul NSR kerana meriliskan kembali album ini untuk generasi baru dan lama yang tidak sempat merasai era album ini.
Tahun 2018, Slum Scum kembali aktif, dengan menyertai beberapa siri gig di ibu kota, nama band ini mula menjadiSs sebutan....Eri punk & Matt turut merancang untuk merekodkan album baru....sama2 lah kita nantikan kemunculan semula band lama ini dengan sebuah rilisan baru.
Menace to insanity (1993)-VSP
1.Repent
2.slum scum
3.Menace to insanity
4.The rhythm empire
5.Awakening
6.Life to life
7.12-14-12
8.Dajal is coming
Line up
Qayum(vox)
Eri Alto(gitar/bass)
Matt(gitar/bass)
Lee space ex(drum)
CD keluaran NSR 2016
Welcome tq
ReplyDeleteHallo brader.. 😆
Delete