Bara api....Sengatan muzik berat dari Selatan..Johor, antara negeri yang terawal dan banyak melahirkan band2 lagenda rock tanahair,..Johor juga turut melahirkan band2 ekstrim thrash metal dan antara yang terawal adalah band Manipulation of Crisis(M.O.D) thrash metal dari Johor bahru 1988,Nuclear Death/Operation Corpse Grind Death metal dari Muar ,yang melahirkan demo berkualiti dan kini di kenali dengan nama baru Samurai dengan muzik progresif thrash metal. Betrayer thrash metal dari Kluang 1989,antara yang di kenali di luar Johor dan Otto thrash metal dari Johor bahru 1989.Namun perjuangan band2 awal ini hanya bertahan dalam jangka masa yang singkat, ada yang tidak sempat melahirkan sebarang material. Operation Corpse & M.O.C antara band ekstrim terawal yang merakamkan demo tape sekitar awal 90'an dan seterusnya berkubur.Manakala Otto band thrash metal terawal merakamkan album namun ianya tidak sempat di keluarkan dan di khabarkan rekod tersebut telah hilang.Awal tahun 90'an muncul pula generasi ke 2 ,penyambung legasi band2 terdahulu seperti pazuzu, Carneous, Khabaranazak, Jehovah dan beberapa lagi yang muncul selepas itu.
Jehovah adalah antara band dari Johor bahru yang paling aktif di era awal 90an,di Asaskan oleh Najib@Mamak bersama rakan2 Sekolahnya pada tahun 1991. Jehovah adalah band yang berkiblatkan muzik Death/thrash metal dari inspirasi Slayer, Death ,Possessed, Metallica ,Obituary, Entombed...etc.
Setelah beberapa bulan,nama band ini di tukarkan kepada Blaspherion dengan line up Mamak(vox) hatta(gitar) Fauzi(drum) dan Bass di bantu oleh beberapa rakan mereka.Lantas mereka mula mengarang lagu2 sendiri untuk merekodkan sebuah demo.Nama band ini sekali lagi terpaksa di tukar kerana nama Blaspherion telah di gunakan oleh sebuah band dari Belgium yang telah mengeluarkan album.Akhirnya lahirnya nama Narsamum yang bermaksud 'api yang panas',satu nama yang unik dalam bahasa Arab lama. Mereka adalah antara band ekstrim tempatan terawal menggunakan nama dalam bahasa melayu selain Sil khannaz, & Langsuyr. Dengan nama baru...mereka mula merekodkan demo tape yang berjudul " Blasphemy...Revenge Reincarnation " yang mula di edarkan pada awal tahun 1993. Mengandungi 3 lagu dengan stail teknikal Death metal bersama sound yang raw!1."the end of all... 2. Blasphemy revenge reincarnation, & 3. kematian!
Demo ini mendapat maklum balas yang cukup positif dari komuniti Ug serata negeri...nama Narsamum muncul di dalam fanzine2 tempatan dan luar Asia. Di rakam dengan line up Mamak(vox) Hatta(gitar) Saiful(bass) & Pozi(drum). Saiful merupakan basis untuk band Actrocious.Narsamum mula rancak bermain gig di sekitar Johor. Gig di luar Johor adalah di Ipoh Perak "The Nocturn Fest "(1994) yang menjadi gig bersejarah buat band yang terlibat,di hadiri begitu ramai para matelhead serata negeri. Menbariskan Narsamum, Sil khannaz, Langsuyr, & Nemesis(gig terakhir)Dalam tahun '94, Pozi(drum) telah mengundurkan diri atas komitmen peribadi, lantas posisi drum di bantu oleh Lan Hammer Dari Tandus. Untuk sesi live Narsamum mengunakan ramai anggota seasonist antara nya Acun & Lan hammer Tandus, Jorn Catarrh, Mahsuri, Sam,Din yang merupakan rakan2 mereka.Perancangan mereka untuk merekodkan material terpaksa di tangguhkan di atas ketiadaan line up. Dari tahun 1994 - 1995 Narsamum sering menggunakan khidmat seasonist. Atas faktor ini juga, aktiviti band ini di rehatkan buat seketika....
Tahun 1997, lagenda ekstrim metal Thailand Heretic Angel telah berminat untuk menjayakan sebuah split album bersama Narsamum, namun kerana beberapa faktor & masalah projek split ini tidak dapat di laksanakan. 1999,Narsamum kembali mengegarkan arena ekstrim metal tempatan dengan menyertai kompilasi "Panggilan Pulau Puaka vol 2 keluaran PSE. Turut menbariskan nama2 besar seperti Koffin kanser, Adaptor(indo)Dexomedon(sgp) one barchiel(sgp) Trauma(indo)...etc.
Menampilkan sebuah lagu baru "Hellfire " berpaksikan teknikal death thrash metal bermelodik! Antara lagu terbaik dalam kompilasi ini...Mamak(vox) Saiful(bass) Hatta(gitar) & lan Tandus ex drum. Pertengahan '99,Pozi drummer asal kembali menggalas tugas drum dan Narsamum mengumumkan kembali nya mereka ke arena muzik berat tanahair. Lantas memulakan rakaman untuk projek Ep di bawah label Muzik Box Production.
Ep sulung Narsamum berjudul "Dream of Death" mula di pasarkan pada tahun 2000 oleh Muzik Box prods. Mengandungi 4 buah lagu di mana 2 buah lagu demo (1993) & 2 lagu baru.
1. Blasphemy revenge reincarnation
2. Kematian
3. Dream of Death
4. Gelora sang durjana
Narsamum masih dengan teknikal Death thrash metal! Dengan sound raw bersama melodik lagu yang hebat!
Mamak@Najib(vox) Hatta(gitar) Saiful(bass) & Pozi(drum). Pozi turut bermain untuk Damokis, Tussock , & plague of happiness. Melalui rilisan ep ini, mereka mula bermain di gig di sekitar johor dan turut di undang bermain di beberapa gig di Ibukota Kuala Lumpur. Tahun 2002, arena ekstrim selatan kembali mengegarkan persada muzik berat Malaya dengan rilisan kompilasi "Segatan Selatan" yang menbariskan Narsamum, Tandus, Khabaranazak, Unvield, Penanggals, The toyols, Terkutok, Logam, Firestarters, Atrocious, & webcrusher. Di pasarkan oleh Muzix Box prods dalam format kaset & CD. Narsamum tampil dengan lagu baru "Dream of Death II" kesinambungan dari Dream of Death, masih dengan teknikal Death thrash metal ! Selepas merekodkan lagu ini, Saiful berundur dan menanggotai band Logam, trio ini kembali menyepi biarpun menbuat perancangan untuk merakamkn album sulung.
Hampir 5 tahun tanpa sebarang rilisan ,Narsamum kembali dengan menyertai album penghormatan tribute buat Cromok di bawah label Clock work Record.Lagu 'unicorn ' telah di rabakkan dengan stail teknikal death metal! Album tribute ini turut menbariskan Sil khannaz, N.Chaos ,Dragon Red, Malex, Mantak,...etc.
Selepas menyertai album tribute ini, wira death metal dari Selatan ini kembali menyepi.....biarpun begitu trio Mamak, Hatta & Fauzi masih bersama ,namun faktor kehidupan harian telah menbataskan aktiviti muzik mereka...Narsamum merupakan antara kumpulan ekstrim yang tetap teguh dengan muzik Death metal biarpun pelbagai perubahan muzik melanda arena muzik berat tanahair.
• Blasphemy revenge reincarnation (demo 1994)
• Panggilan Pulau Puaka 2 (1999)
• Dream of Death (Ep 2000)
• Segatan Selatan (2003)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Vortex from the east zine # 11 (1994)
Vortex from the east # 11 1994 Editor : Ajizz Bahasa : Malay/english Interview : Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...

-
Slum scum rasminya di tubuhkan pada penghujung tahun 1991,di Ibukota Kuala Lumpur. Di asas kan oleh anak muda bernama Zulkhairi@Eri Alt...
-
VALENTINE SOUND PRODUCTIONS Sejarah Awal Joe Siva Joe Siva, pelopor dalam senario muzik bebas Malaysia, pengeluar rekod dan deejay,...
-
" Ianya bermaksud...bisikan syaithan di sebalik dada Manusia ..." Itulah maksud di sebalik nama Sil khannaz , yg di ambil dari...
No comments:
Post a Comment