Spiral Kinetic Circus(Historical)

" Spiral kinetic circus' di 
tubuhkan dlm tahun 1992 oleh Fathul@Fatullah luqman Yusuff.' Sebagai remaja yg aktif menulis lagu,Fathul sentiasa memerlukan laluan baru utk menghidupkan pelbagai idea kreatif yg ada di dlm jiwa nya.

Fathul yg berasal dari Alor setar Kedah, bermula dgn muzik Underground sejak sekitar lewat 80an lagi, bermain dlm sebuah band punk hardcore bernama 'Teenage Mutants'. Kemudian bersama rakan2 baru menubuhkan band grindcore bernama 'Infectious maggots'. Sewaktu menubuhkan SKC, Fathul masih bermain bersama Maggots'. Di awal penglibatan nya dlm muzik, Fathul banyak menghabiskan masa dgn  berkunjung ke Studio muzik seperti Amerah di pertama kompleks, Hellion di Medan Mara dan Wasiat di Kompleks Wilayah. Selain bermain muzik, beliau sering melepak di Restoran di Central market bersama rakan2 Underground yg lain . Sebelum menubuhkan SKC, Fathul sempat bermain bersama band projek Joe Kidd 'Deflowered' yg bermain muzik punk dan selepas mengundurkan diri beliau menubuhkan SKC. Line up awal di barisi oleh 'Amir(vocal) Nazeri(gitar) Edman(bass) Fathul(gitar/vox) & Ajax(drum). Memulakan latihan pada hujung minggu dgn lagu2 ciptaan Fathul berkonsepkan indie pop.

Nama band ini adalah ilham Fathul sendiri menbawa maksud "Spiral -Pusaran yg bermula dari satu titik berkembang meliputi kawasan yg lebih besar".
"Kinetic -tenaga yg di hasilkan dari muzik'.
Circus - tempat utk berkumpul@berhibur".

Setelah beberapa bulan  menbuat latihan, SKC telah di pelawa menyertai album kompilasi alternative pertama tanahair...di bawah label tempatan Sonic Asylum records yg waktu ini di kendalikan oleh Joe Kidd. Album kompilasi ' Circle of friends ' ini mula di pasarkan oleh Sonic Asylum records pada pertengahan '93 dgn menbariskan 13 buah band alternative tanahair yg aktif di sekitar Central market waktu itu. Menampilkan pelbagai genre muzik seperti Pop ,indie, punk ,punk rock, folk ,hardcore....etc. Antara band alternative yg terlibat adalah Flop poppy ,Subculture, ART, Carburetor dung, Deflowered,......
SKC  telah menyumbangkan sebuah lagu berjudul ' Iris ' berkonsepkan Indie pop yg agak rancak melodinya. 

Inilah album kompilasi alternative pertama tanahair.... Mendapat sambutan hebat dari peminat2 muzik tanahair,....bermulanya era muzik alternative di Malaysia. Di mana waktu ini muzik metal lebih mendominasi pasaran,....Hijrah/The pilgrims merupakan band alternative terawal menrakamkan album. Dgn lahirnya album kompilasi ini, satu trend muzik baru telah di hasilkan dlm pergerakan muzik underground  tempatan. 
Atas sambutan kompilasi ini SKC telah di undang bermain dlm sebuah gig di Ibukota,Machine one club bersama Naked Butterfly, Infectious maggots & The pilgrims. Inilah gig pertama mereka. Seterusnya sebuah lagi gig di Ampang 'Music alternative showcase  part 2' bersama band Mutilation & Flop poppy. Gig ini meninggalkan kesan dan kenangan buat mereka kerana mendapat sambutan cukup hebat dgn di hadiri 400 peminat dari serata negeri.Club ini hanya mampu memuatkan 200 orang penonton sahaja.

Selepas bermain di beberapa gig, band ini mengalami perpecahan kerana anggota2 nya terpaksa menbawa haluan.....Edman(bass) melanjutkan pengajian ke Amerika, Azmir(voc) bermain bersama band baru United Colours of Frustration di posisi drum dan Ajax(drum) pula berhijrah ke Johor melanjutkan pelajaran di Politeknik dan seterusnya menubuhkan band thrash metal Catarrh. Nazeri(gitar) pula menanggotai band alternative Rogue Covet dan merakamkan 2 buah lagu utk kompilasi 'Alternative Collection ' di bawah Dark Journey Rec. Setelah perpecahan anggota, Fathul meneruskan minat muzik nya bersama band I.maggots di pentas2 gig dan mengeluarkan album 'Cookie Jar'(1994) di bawah nama Maggots namun hanya melibatkan beliau seorang sahaja. Cookie Jar menampilkan muzik eksperimental dgn bunyian Synthesizer, programming dgn drum machine dan industrial muzik. 

Memandangkan keadaan yg sedikit kucar kacir dan tiada rakan2 yg sehaluan, Fathul mula hilang minat utk bermain muzik dan akhirnya mengambil keputusan meninggalkan ibukota Kuala Lumpur dan kembali pulang ke kampung halaman di Alor Setar dan melibatkan diri dgn seni lukis. 
Selama 2 tahun di Alor Setar, Fathul tidak dpt melupakan dunia muziknya...kaset demo SKC yg ada penuh dgn lagu2 Indie yg belum sempat di rekodkan. Lantas tekad Fathul kembali ke Kuala Lumpur utk menghidupkan kembali SKC. 

Di pertengahan '96 fathul menjemput kembali anggota2 lama utk kembali beraksi di bawah nama Spiral kinetic circus. Kembali dgn line up Fathul(vox/gitar) Nazeri(gitar) Azmir(drum) & Pari ex C.Dung (bass).  Edman & Ajax tidak dpt bersama.....SKC muncul secara mengejut dlm sebuah gig di Picadilly Damansara. Gig ini berjaya menberitahu peminat bahawa SKC telah kembali semula. Namun tidak lama selepas itu Azmir telah menarik diri . SKC sekali lagi bermain di gig di Piccadilly dgn bantuan Lab(bass) & bullet(drum). 
Akhir tahun '96 Fathul kembali berseorangan apabila anggota2 yg lain turut menarik diri.Tekad utk merekodkan sebuah demo tape, fathul telah menjemput rakan lama nya Andy Flop poppy utk bermain Bass dan Ken dari band The Onaniys utk posisi gitar. Dgn bantuan Ajin Blackrose selaku pemain drum & penerbit, SKC berjaya merekodkan 5 buah lagu di home Studio Ajin di Briekfields. 
5 lagu ini di riliskan dlm split demo bersama band grunge baru dari Kuala Lumpur bernama Dead Mushroom.

Awal 1997, SKC mula bermain gig bagi menpromosikan demo ini. SKC beraksi di Fire Discotheque, Skoobs Books dan beberapa kolej di Ibukota. Turut di undang  bermain gig di Seremban dan Langkawi. Dlm waktu sama, tahap jualan split demo ini mencapai jualan yg menbanggakan dan terpilih sebagai demo ke 3 terbaik di dlm undian akhir Blasting Concept kelolaan Joe kidd dlm akhbar The Star. 
Melalui split demo ini, mereka telah di tawarkan kontrak rakaman oleh sebuah label D.i.Y Independent Records. Lantas tawaran ini di terima dgn baik.....
Memulakan rakaman di Twin Studio Redifussion pada April 97.
9 buah lagu di rakamkan dgn bantuan Ajin selaku drummer & penerbit, Jijoe Stoned Crows gitar. Manakala Fathul (vox/gitar) Ken(gitar) & Andy( bass).  
      Album yg di beri judul ' Sweetened condensed Tunes For the Broken hearted ' mula di pasarkan pada Mei 97 oleh Independent rec dlm format Cd dan kaset. Menampilkan lagu2 indie pop seperti Sunflower, Mr alien, wake up ,termasuk lagu Iris yg di rekodkan kembali. Jualan album ini cukup hebat...muzik indie pop /briet pop ciptaan SKC menpuyai kelaian dan keistimewaan tersendiri.....dgn melodi2 yg rancak dan mudah di terima peminat. 

Line up 1992
Fathul - voc/gitar
Azmir - voc 
Edman - bass 
Nazeri - gitar 
Ajax - drum 

Line up Album 1997
Fathul - voc/gitar
Andy Flop poppy - bass 
Ken - gitar 
Jijoe - ex gitar 
Ajin blackrose - drum 

Split demo 1996 
SKC
• Mr alien 
• dragon girl 
• wake up 
• Drownin 
• Sunflower 

Sweetened condensed tunes for the broken hearted(Album 1997)
• Mr alien 
• Sunflower 
• Dizzy 
• Dragon girl 
• Sista
• Drowning 
• wake up 
• iris 
• stay



No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...