Historikal SiL khαππαz (1987 - 2018)

" Ianya bermaksud...bisikan syaithan di sebalik dada Manusia ..."

Itulah maksud di sebalik nama Sil khannaz, yg di ambil dari salah satu lagu lagenda ekstrim metal Malaysia Blackfire! Pertanyaan tentang maksud nama ini begitu sinonim ketika di awal kemunculan mereka di dalam fanzine2 tempatan mahupun luar Negara ketika itu, di mana ianya di lihat agak unik  dan berbeza. Lazim nya kebanyakan band Ug tempatan waktu ini lebih memilih nama2 dlm bahasa inggeris.... 

Era permulaan

Band ini dgn rasminya di asaskan oleh Ramzee@jaie bersama sepupu2 nya pada tahun 1987,di Kangar Perlis. Bermula dgn nama Messiah yg kuat di pengaruhi Metallica dan kemudianya bertukar kpd Anathesia dan sehinggalah mereka mendengar sebuah lagu Blackfire "sil khannas" ,lantas ianya menjadi titik permulaan utk menggunakan nama 'Sil khannas  yg akhirnya kekal hingga kini. Blackfire merupakan pendorong utama mereka utk turut sama menubuhkan sebuah band yg ekstrim...di mana jaie,shidi & Din sering pergi menonton persembahahan Blackfire di Medan Mara kangar. Sil khannas yg di barisi oleh Jaie(vox) Din pendita gila(gitar) shidi(bass)& che Mat(drum) memulakan dunia muzik mereka di kangar, dgn memainkan lagu2 cover Metallica, Metal church, Slayer ,kreator ....dan turut belajar melentur lagu2 sendiri. 
Di waktu ini mereka berempat masih lagi bersekolah..Jaie di tingkatan 5 manakala shidi, Din & che Mat di tingkatan 1. 
Bagi memantapkan band ini Jaie di cadangkan mengalas posisi vox/gitar ,namun ianya tidak terlaksana.. 
Atas tahap pencapaian Shidi dlm instrument gitar, beliau telah bertukar posisi kpd gitar dan Din mengalas tugas Bass. 

Persembahan pertama mereka adalah pada tahun 1989,Sempena pesta Air Di Hadyai club Thailand,.. beraksi bersama band2 rock&blues dgn lagu2 
cover Metallica, slayer...etc.
Lewat '89,setelah tamat pengajianya di sebuah college, Jaie tekad berhijrah ke Kuala Lumpur terlebih dahulu ,manakala shidi & Din masih di Perlis.1990 setelah menghabiskan alam persekolahan, Din & Shidi pula berhijrah ke Kuala Lumpur mengikuti Jaie. Che Mat turut ke Kuala Lumpur dan menyambung pengajian di kelas muzik dan telah menarik diri dan posisi drum di ganti oleh 'Kamal '. Che Mat menpuyai selera muzik yg sedikit berbeza..selepas berhijrah ke Kuala Lumpur Che Mat menanggotai band Silent Death dan melahirkan demo 'eternal damnation (1990),kemudianya berundur dan bermain bersama Carburetor dung, Deflowered. Rakaman rasmi beliau adalah utk album sulung Naked Butterfly -dreamwalk(1995) dan selepas itu menjadi pemuzik seasonist/penerbit di sebuah syarikat rakaman utk artis2 terkenal. 

Penganti che Mat, kamal hanya utk seketika sahaja....tidak lama selepas itu turut mengundurkan diri. Memasuki 1990, setelah menamatkan alam persekolahan...Mereka tekad berhijrah ke Ibukota Kuala Lumpur bagi melihat kejayaan band ini!Di Kuala Lumpur Central market, Hellion studio, wasiat studio, Amerah studio menjadi pot utama mereka berkunjung....dan berkumpul. Kekosongan drum seterusnya di isi oleh Lee space ex Exorcist, ex Rator,ex Silent Death. Selang beberapa bulan menbuat latihan, mereka telah di pelawa menrakamkan demo secara percuma oleh Abg Man Hellion studio. Lantas Julai 1990, mereka memulakan rakaman di Hellion studio....Sil khannas merupakan band ekstrim ke 2 selepas Rator yg merakamkan Evil symphony (1989)di hellion studio .Ogos '90,mereka memulakan rakaman di Hellion studio.....Demo pertama yg berjudul " Doctrine to hell " mula di edarkan dlm jaringan UG sekitar penghujung September'90.Mengandungi 4 buah lagu yg di lagukan dgn stail raw brutal death metal! Kuat di pengaruhi Sarcofago, Sepultura awal, Slayer, Sodom....
Dream of Death ','dajal-satan child',doctrine to hell, Beckon ' di mana lirikalnya di ambil dari kisah benar mengenai pemujaan di Canada.Selain demo ini,  1990,juga menjadi saksi lahirnya demo2 sulung dari band Brain Dead, Silent Death, Necrofist, Senseless, Suffercation & Hijrah(The pilgrims).
Line up demo ini menbariskan Jaie(vox/gitar)shidi(gitar) Din(bass) & Lee space(drum)
Selepas demo ini di edarkan ke jaringan Underground tempatan dan seberang laut, tawaran utk bermain gig mula mencurah2.....gig pertama Sil khannas di Kuala Lumpur adalah di Paradise club, kompleks Kotaraya pada 15/12/90 bersama ABC dead(kemudian bertukar kpd I.maggots) Picagari,Silent Death & Brutalator(ex-WaitDeath).
Selepas gig pertama ini, mereka mula rancak bermain gig di sekitar Ibukota... Lee space kemudianya mengundurkan diri dan menanggotai band Glam rock Xpdc, dan bersama band rock ini merakamkan album pertama 'Darjah Satu'(1990),selepas itu mengundurkan diri dan bermain bersama band Tormentor yg di barisi oleh orang2 lama seperti Dol Slapdeath dan Ogy Mutilation .

Posisi drum seterusnya di gantikan oleh 'Lee carcass' yg pernah bersama beberapa band thrash metal lewat '80.Namun hanya utk beberapa bulan sahaja.....drummer ke 4, 'Dee katak ' yg pernah bermain bersama band rock Voilet sekitar lewat 80'an menjadi penganti Lee carcass. Memasuki awal '91, Sil khannas  bersama band2 Ug tempatan seperti Picagari, Suffercation, Silent Death, & Brain dead telah di tawarkan menyertai album kompilasi death metal pertama di bawah label tempatan Noize Record.Namun kompilasi ini tidak terlaksana di sebabkan masalah dalaman orang dalam label ini yg telah menggunakan dana projek ini utk kepentingan diri sendiri.
Penghujung'91,...'Dee' menbuat keputusan utk berundur, lantas Lan bye dari Abc dead/Infectious maggots di undang utk menbantu di posisi drum,sementara mencari drummer tetap. 

Tahun 1992,Formasi line up terjadi di mana Tom decibel bekas bassist Suffercation menyertai mereka, lantas Din pendita bertukar posisi kpd gitar ke 2.Setelah projek kompilasi tersebut tidak terlaksana, 5 anak muda ini sepakat mengarang lagu baru utk demo ke 2. Lantas July '92,lahirnya demo ke 2 "Assassin Led by Blasphemy " yg mengandungi 4 buah karya baru, di rekodkan di Amerah studio, pertama complex dgn Mon selaku engineer. Sound utk demo ini agak baik berbanding demo pertama. Demo ini menjadi penanda aras sebenar muzik Sil khannas! Assassin led by blasphemy 'telah menemui arah tuju muziknya...di lagukan dgn stail brutal & teknikal death metal! 4 buah lagu ini lebih padat, kompleks dan brutal! Demo ini cukup menjulang nama Sil khannas dan 2000 cetakan habis di jual! Di datangkan dgn pro cover berwarna.line up Jaie sathanas(vox) Shidi(gitar)Din pendita gila(gitar) Tom decibel(bass)& lan bye(drum). 
 Melalui kehebatan demo ini, mereka mula menyebarkan demo ini utk mencari kontrak rakaman album,.... Dan seterusnya mendapat tawaran rakaman dari label Perancis Omose production & Vinly Solution prods(U.k),namum tawaran dari seberang laut ini tidak menjadi kerana kesemua kos utk kesana terpaksa di tanggung sendiri. Setelah beberapa bulan di edarkan, Din pendita Gila mengambil keputusan utk berundur dan menumpukan kpd kehidupan & kerjaya.Din seterusnya ke Luar Negara menjadi kalasi kapal, dan terus aktif bermain muzik dgn rakan2 orang barat dgn memainkan lagu2 klasik Blackfire! Sekembalinya Din ke tanahair...lewat '90an beliau terus mengisi posisi gitar utama Blackfire yg waktu itu di aktifkan kembali utk projek album pertama. 

Posisi Din seterusnya di ganti oleh Joe slaughter dari Infernal Death, sebuah band dari Kelantan lewat 89. Joe yg waktu itu baru sahaja berhijrah dari Kelantan dan di perkenalkan kpd Jaie & shidi oleh Naim Inz.Joe menpuyai kemahiran gitar yg hebat terus di terima menjadi anggota band ini. 

Lewat '92,akhirnya mereka mendapat tawaran rakaman dari label tempatan VSP, dan Sept 92 mereka menandatangani kontrak utk 2 buah album.Big boss VSP 'Joe Siva ' berminat setelah mendengar demo ke 2 mereka. Di mana waktu yg sama VSP sedang mencari band2 ekstrim tempatan utk di ketengahkan setelah kejayaan album sulung Cromok 'image of purity'(1991).

Dec '92,mereka memulakan proses rakaman di King Studio P.Jaya dgn Karl Cromok selaku penerbit.Setelah 4 buah terakam,proses rakaman terpaksa di tangguhkan setelah  Karl' mengundurkan diri kerana menpuyai masalah dgn pihak VSP. Proses rakaman di teruskan dgn selian Jig dan anggota2 Sil khannaz sendiri. Febuari 1993, Album pertama berjudul"Conception of Madness" akhirnya di pasarkan oleh VSP dgn mengandungi 8 buah karya, 4 buah lagu demo ke 2 di rekodkan kembali dan 4 buah lagi lagu baru di buat dalam stail teknikal, agresif brutal Death metal! Di keluarkan dlm format kaset & CD limited editions! Inilah album dari pemuzik Ug tempatan pertama di riliskan dlm format CD!  "Conception of.....adalah gabungan kolaborasi dari rakan2 Ug seperti Ajax Deathcrane/Ultra hingax prods yg turut menyumbang lirik,  Fathul Maggots & Nen picagari telah melakar cover album ini dgn cukup unik dan profesional.Album ini di terbitkan oleh Jig,namun mereka agak kurang berpuas hati dari segi sound yg kurang berat....
Melalui album ini secara rasminya nama Sil khannas di ubah kpd Sil khannaz dan turut melakar logo baru. Jaie turut di kenali dgn Jaie Jokhannaz(vox) Shidi -CD khanzab(lead gitar) Joe slaughter(gitar) Tom decibel(bass) Lan bye(drum). Namun gambar Lan bye tidak dimasukan di dlm cover album kerana waktu ini Lan masih terikat dgn kontrak label Sonic Asylum records.Cetakan pertama album ini mendapat sambutan hebat, terjual sebanyak 25,000 unit! Manakala CD limited 1500 cetakan habis dlm tempoh 2 bulan sahaja. Inilah antara karya Death metal tempatan terbaik dan mendepani zaman!!! 
Buat pertama kali nya Sil khannaz muncul di dalam Akhbar dan Majalah tempatan bagi menpromosikan album ini. 
'Conception of....menerima maklum balas positif di serata luar Negara dan pertama kali nya ulasan album ini tersiar di dalam Majalah Rock/Metal antarabangsa'KERRANGG' sekitar awal '94. Album ini turut di edarkan di pasaran luar Negara oleh Osmose prods(France)Vinyl solution & copro rec(Uk)Avantgarde Music(Itali) & Nazgul Eydie prods(German).Sesuatu yg cukup menbanggakan bagi band UG tempatan! 
1993 - 1994,bermula lah era gig buat mereka bagi menpromosikan album ini, berkongsi pentas bersama2 Brain dead, Silent Death, I.maggots,FTG,pilgrims...etc.Antara gig bersejarah adalah di dlm 'The Nocturn Feast' pada Dec'94, Ipoh Perak. Sil khannaz Beraksi bersama Narsamum(gig pertama) Nemesis(gig terakhir) & Langsuir!Gig ini melakar sejarah buat mereka yg hadir, di mana di hadiri ratusan para metalhead dari Selangor, Johor, Penang, Kedah dan Kuala Lumpur. Selain sibuk dgn aktiviti gig Jaie sempat menhasilkan sebuah fanzine 'Wicthess Sabbath' yg hanya di edarkan dlm kuantiti terhad di sekitar ibukota.Joe slaughter pula di undang bermain utk Silent Death di beberapa gig mengantikan gitaris 'pink 'yg mengundurkan diri.

Sewaktu band ini,aktif dgn gig dan mengatur perancangan utk album ke 2, Tom decibel menbuat keputusan utk berundur bg menbina kerjaya nya...Tom selepas itu tidak lagi menanggotai mana2 band selepas Sil khannaz. Joe slaughter juga mengundurkan diri atas alasan peribadi, 'Joe menghilangkan diri dan pulang ke kampung halaman nya di Kelantan dan kembali mendalami ilmu agama di sempadan Thailand.Joe kembali menbina hidupnya setelah kerjaya nya tersekat di sebabkan jiwa muziknya waktu itu, Joe sepatutnya ke Kuala Lumpur utk bekerja bersama penerbangan MAS, namun ianya tidak terlaksana. Kehilangan Joe & Tom cukup memeritkan Jaie di waktu band ini sedang menbina jalan nya .
            Jaie & Cd tekad utk terus mara tanpa merekrut anggota baru, lantas mereka merakamkan Ep 'Pendita Gila' pada April '94,di King studio P. Jaya.Produk ke 2 Sil khannaz berjudul 'pendita Gila ' mula di edarkan pada awal tahun 1995 di bawah syarikat label milik Jaie & Eric cheah sendiri 'Nebiula Production'. Eric kemudianya berundur dan menubuhkan label baru PSE yg kemudianya begitu aktif mengeluarkan produk2 ekstrim. Asalnya tajuk Ep ini 'Eastern barbaric skullkrusher'namun di tukarkan kpd 'Pendita Gila'. Menampilkan 4 buah lagu baru yg melampirkan perbezaan & permulaan baru dlm muzik mereka. Lagu2 baru ini menampakan perubahan dari segi muzikalnya yg separa teknikal dan Agresif, dgn mengambil pengaruh metal 80'an bersama pengunaan kibod dan suara latar wanita. Sebuah ep berkonsepkan Teknikal Death thrash metal! Mereka turut memasukkan lirik2 melayu di akhir lagu 'kiss of the whisper'.Ep ini menperlihatkan mereka kembali dgn imej ekstrim metal 80'an bersama spike, jaket kulit, bullet,dan rantai.

Sebelum Ep ini di keluarkan, perancangan awal adalah utk mengeluarkan album ke 2 bersama 8 lagu baru, di mana 6 lagu baru dan 2 lagi lagu dari gig'The nocturn fest'namun ianya tersasar dari perancangan..  Lagu 'kiss of the whisper ' pernah di bawakan dlm gig di Picaddily Damansara pada 1993,... Dan pendahuluan lagu2 dlm Ep ini telah di perdengarkan melalui gig terakhir Brain Dead di Penang pada 1995, dan rasminya di lancarkan dlm sebuah gig di Johor. Ep ini hanya melibatkan Jaie Jokhannaz(vox) & CD khanzab memainkan kesemua instrument. 
Selain di pasarkan oleh label sendiri, Ep ini turut di pasarkan ke luar Negara oleh Osmose prods. Mereka sepatutnya mengeluarkan produk ini di bawah VSP,krn menpuyai satu lagi kontrak,namun kerana masalah dalaman dgn label ini yg merahsikan jumlah penjualan album pertama,Jaie tekad mendaftarkan Nebiula prods pada 1995,yg pada awalnya hanya utk menguruskan aktiviti Sil khannaz sahaja.

Atas kejayaan Ep 'pendita Gila', Nebiula semakin produktif...  Dan Jaie turut menbuka sebuah kedai 'Nebiula heavy metal shop'di Campbell Complex yg menjual kaset/Cd dan segala bahan2 stuff Metal. Nebiula pula terus aktif dgn mengeluarkan album pertama 'As Sahar '-phenomistik'(1996) yg di anggap antara produk terbaik! Ep Langsuir -Eastern cruelty(97),serta turut menganjurkan gig.

Dalam sibuk menguruskan label, mereka mula mencari keahlian utk anggota2 baru, 1996...penyambung sisa perjuangan rakan2 lama, Dark e dari Vociferation eternity, Necrotic chaos di serap sbg gitar ke 2 bagi menbantu tugas2 gitar, dan Hashim pestilence dari Brain dead di posisi bassist. Hashim waktu ini baru menetap di Kuala Lumpur, dan selepas lagenda Brain dead berpecah, jaie terus menpelawanya menyertai Sil khannaz. Manakala Lan bye yg sebelum ini hanya sebagai drummer undangan kini menjadi drummer tetap. Dengan kombinasi line up ini, mereka kembali memulakan rakaman di King studio pada Feb '97 bersama Reza & Sam sbg engineer sound,rakaman di siapkan pada Ogos '97 dan Produk album ke 2 yg di beri judul 'Gerbang Kayangan ' mula di pasarkan pada penghujung'97 dlm format kaset dan CD. 

Menampilkan 6 buah lagu baru, dan 2 buah lagu lama live bonus dari gig The nocturn fest(1994)turut di masukkan. Produk ini di datangkan dgn cover yg cukup unik dan penuh simbolik (wanita, rama2 & ular dlm pelita)hasil nukilan Zack & jaie. Inilah album yg paling di ingati....6 buah karya baru 'Gerbang kayangan', 'hamba malam','santapan terakhir Raja bersiong','purnamajuna', merong mahawangsa', 'hamba malam 2(intrumental) di karang sepenuhnya dlm bahasa melayu lama yg penuh puitis, kisah2 nenek moyang Melayu dahulu kala....hasil kreatibiti Jaie dan beberapa rakan seperti Ajax Deathcrane & indrajit. Keseluruhan lagu di dlm album ini adalah hasil kreatif CD khanzab! 
Album ini menyaksikan perubahan muzik yg cukup drastik,di mana stail Death metal yg telah terhakis.Sil khannaz tampil dgn muzik baru...pencamtuman muzik progresif metal & death metal di satukan! Ianya masih teknikal, agresif namun lebih bermelodi...mengambil pengaruh dari Iron Maiden lama dan di satukan dgn death thrash metal 90'an.Album ini mengangkat nama Sil khannaz ke tahap terbaik bg sebuah band metal Underground waktu itu.Produk pertama yg menggunakan sepenuhnya bahasa melayu ibunda sbg perantaraan! Jika di lihat lagenda Blackfire merupakan band ekstrim paling awal mengarang lagu dlm bahasa melayu iaitu sejak awal tahun 1984,lagi namun Sil khannaz adalah band pertama merakamkan nya secara rasmi. 
Turut melakar logo baru yg kemudianya menjadi logo rasmi mereka .
Di waktu ini ramai kelompok peminat folower Sil khannaz berpecah kpd dua kumpulan krn kecewa dgn halatuju dan imej band ini yg seakan tidak jitu dgn dunia underground. Folower Sil khannaz mahukan band ini terus dgn produk Death metal tulen namun anggota2 Sil khannaz menpuyai perancangan yg lain. 
Imej metal 80an..jaket,bullet,spike telah terhakis, Sil khannaz kini tampil dgn imej yg lebih kemas. Gerbang kayangan'album paling kontroversi bg scene metal waktu itu!  Dua kelompok terbentuk...Ada yg menyokong dan sebilangan lagi mengkritik album ini. Album ini mencatat angka jualan yg agak tinggi, terjual melebihi 30,000 unit sehingga mengumpul kelompok peminat2 baru. Produk Sil khannaz paling berjaya dari segi jualan, strategi mereka utk menembusi pasaran arus perdana berhasil, promosi album ini terpampang di akhbar2 ,Majalah2 komersil. 

Tour promosi mula jalankan,di serata negeri.....sebuah lagi gig terbaik, Sil khannaz beraksi  di gig Merdeka day 31 ogos 97 di Club firediscoque Kuala Lumpur bersama Hayagriva, Silent Death, The fallen dan Aradia. Gig ini seterusnya di abdikan dlm sebuah album live berjudul 'Stronger than before' yg di pasarkan lewat '97 oleh Nebiula. Menampilkan lagu2 dari Gerbang kayangan Dan lagu cover dari Slayer & Iron Maiden. 
 'Gerbang kayangan' turut mendapat sambutan baik di Singapura, Brunei & Indonesia sehingga berpeluang beraksi di sana. Manakala album live ini turut mendapat sambutan...terjual melebihi 15,000 unit dlm masa yg singkat. 
Penutup 1997, Nebiula telah memasarkan kembali Ep Pendita Gila 'di gabungkan bersama demo Assassin led by blasphemy dlm format kaset dgn cover baru. 
Setelah hampir sepurnama melalui beberapa fasa, 1999 mereka mengeluarkan album kompilasi 'Purnama 13' yg memuatkan lagu2 dari 'Conception....'pendita gila,Gerbang dan album live ' dlm format kaset & CD. Album klasik "Conception of madness " juga kembali di riliskan dgn cover baru beserta lagu bonus dari album 'Gerbang kayangan'di mana CD khanzab & Dark e turut menyumbangkan vocal.Album re issues ini di keluarkan sepenuhnya di bwh Nebiula. 

Dlm tahun ini juga anggota2 band ini mula aktif dgn pelbagai projek muzik luar, Jaie bersama Jadam menubuhkan band eksperimental bernama Mesmerised yg melahirkan album pertama 'Kuasa' di bawah Nebiula. Album yg cukup unik dan berbeza dari Jaie dan Jadam bersama pengunaan muzik programming dgn vocal clean. Dark e pula sibuk dgn Voci yg mengeluarkan album ke 2 'Meadow yearn'(1999) di bawah Nebiula. Dark e menanggotai 3 band metal sekaligus, Voci, N.chaos &Sil khannaz di posisi gitar. Hashim pestilence pula di undang bermain bass utk band The Pilgrims, manakala CD khanzab pula menanggotai band progresif new classical speed heavy metal bernama MetalasiA di posisi vocal utama. CD juga turut aktif menjadi seasonist utk band2 Koffin kanser,Awie& Dragon Malaya. Turut menjadi penerbit album buat artis2 mainstream. 

Di waktu ini Nebiula semakin kukuh...dgn mengeluarkan pelbagai album ekstrim dan Jaie turut menbuka Nebiula Sound studio utk rakaman album.Penghujung 99,anggota2 sil khannaz kembali ke studio utk rakaman album ke 3,namun di atas faktor kesibukan mereka, album separa Ep terlaksana dan pertama kalinya di rakam di Nebiula Studio recording. Produk terbaru yg berjudul ' Bara Pawaka' mula di pasarkan pada tahun baru 2000 dlm format kaset dan digipack CD. Menampilkan 10 buah lagu, 6 Dari nya adalah lagu baru dan 4 lagi lagu cover dari 'usurper(celtic frost) ' candle(mercyful fate) ' dan penampilan istimewa dari vocalis Rasdan Punisher /Bloodshed  utk lagu 'the ripper(judas priest) & Samarkand(bloodshed). Material terbaru ini adalah lanjutan muzikal dari Gerbang kayangan namun di pelbagaikan lagi dgn irama2 death metal moden! Masih dlm konteks Death metal -teknikal, agresif dan bermelodi. 
Album ini adalah campuran lagu melayu dan ingeriss.Penulisan lirik dari jaie pula lebih mendalam dgn pengunaan bahasa melayu kuno !
Di rakam dgn line up Jaie jokhannaz(vox) Dai'e(gitar) Neer hashirim(bass) lan bye(drum) & special guest CD khanzab utk beberapa lagu utk part solo. CD tidak terlibat di dlm pembikinan lagu2 album ini kerana sibuk dgn projek2 penerbitan album bersama Bob ku2.Album ini adalah hasil kreatibiti kesemua anggota Sil khannaz, yg  mana sebelum ini penciptaan lagu sepenuhnya hasil kreatibiti dari CD khanzab!  
Tour promosi di jalankan ke serata negeri, promosi Bara pawaka turut tersiar di Media elektronik, apabila turut di putarkan di Radio Suria fm, Thr fm dan tersenarai dlm carta2 rock radio. Buat pertama kalinya Sil khannaz di undang oleh station Radio Thr FM & SuriA fm yg menceritakan tentang Bara pawaka. Album ini turut di pasarkan di Singapore, Brunei & Indonesia. Namun di waktu album ini mendapat perhatian, scene muzik metal tanahair di kejutkan dgn serangan berita "Isu black metal".Seluruh scene UG di gemparkan oleh isu ini yg di manipulasi oleh wartawan2 dari akhbar dan majalah Mastika! Band2 ekstrim tanahair termasuk Sil khannaz di kaitkan dgn isu ini menbuatkan seluruh metal scene berehat dari sebarang antiviti muzik. Gig2 di batalkan.....Nebiula turut terkena tempiasnya, penjualan album2 ekstrim di hentikan. Isu ini turut menjadi topik utama dan mendapat perhatian kerajaan. Inilah zaman kejatuhan muzik metal Malaysia. 

Setelah semua pintu gig tertutup, Sil khannaz menbuat tour ke seberang laut, apabila di undang bermain di Singapura & Indonesia. Sil khannaz turut di undang oleh station Radio di Jakarta. Tahun 2002,setelah redanya isu black metal, pintu2 gig kembali di buka namun di penuhi dgn syarat yg ketat. Namun apa yg memeritkan, Jaie ' labelnya Nebiula hampir2 berkubur ....Album2 di tangguhkan, operasi di hentikan, Studio Recording nya turut tergadai......hanya Nebiula heavy metal shop masih bertahan. 

Setelah berehat agak lama, 2003 Sil khannaz kembali dgn projek album tribute "Darah Muda" yg menbawakan lagu2 cover dari Metallica, Ozzy Osbourne, Wasp, Sofea, Sweet charity, Dcromok, Othman hamzah, as sahar, Megadeath dan Europe. Setiap anggota menyumbangkan vocal dgn kreatibiti tersendiri. Jaie(vox)Dark e(vox/gitar) hashim(bass/vox) lan (drum/vox)Turut terlibat Adhjez dari Langsuir sebagai drum/vocal. Album tribute ini sepenuhnya di edarkan di bawah Pony Canyon. 


PENGUNDURAN CD KHANZAB

Tunjang utama di dlm penghasilan lagu2 klasik sil khannaz, CD khanzab tidak lagi dpt menberikan komitmen, dan akhirnya CD mengumumkan pengunduran nya dari Sil khannaz, kumpulan yg di anggotai nya sejak 1987 lagi .CD menemui jln baru dlm karier muziknya, ....turut menbuka studio dan menjadi penerbit2 album dan merancang menghasilkan album solo bersama Pony Canyon. 
CD memilih utk bergerak di landasan muzik mainstream.

Dlm 2003, anggot2 Sil khannaz yg lain menubuhkan sebuah band projek bernama Damien yg mengeluarkan Ep berjudul ' Jahilliah'berkonsepkan teknikal Brutal Death metal! Cuba utk menbawa kembali era Death metal 90an.....
Di waktu ini Dark e hanya berseorangan mengendalikan gitar,  ramai yg mengharapkan CD kembali.....

KEMBALINYA JOE SlAUGHTER

Di pantai timur,.... Nama yg hampir di lupakan, Joe slaughter ' yg menghilang hampir 10 tahun lamanya kembali menjadi sebutan apabila 2005,Joe kembali ke Kuala Lumpur. Sepanjamg tempoh di Kelantan, Joe belajar ilmu agama di Thailand. Namun setelah mengetahui CD khanzab telah meninggalkan Sil khannaz, , beliau telah di cabar oleh jiranya utk mengambil kembali posisi gitar .Berita kembalinya Joe ke Kuala Lumpur cukup mengejutkan rakan2 lamanya, setelah begitu lama menghilang.Joe akhirnya bertemu kembali dgn Jaie dan menanyakan posisi gitar, namun masih tidak mendapat jawapan. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya beliau kembali di terima bersama Sil khannaz. 


Bersambung Part 2........ 

No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...