Laungan yang Abadi... Vociferation Eternity
Vociferation eternity...antara kumpulan Metal elit tanahair. Mula di tubuhkan dalam sekitar tahun 1992,di asaskan oleh 'Daie' bersama beberapa orang rakan muzik nya. Sebelum menubuhkan band gelap ini, Daie bermula dengan muzik ekstrim metal di Ipoh Perak bersama band pertama nya Warhead sebagai vox/gitar yang di tubuhkan sekitar awal tahun 1990,namun hayat band ini tidak lama apabila berpecah pada tahun '91 atas faktor pengunduran anggota. Setelah perpecahan Warhead, Daie tekad menubuhkan sebuah band Death metal yang lebih unik, lantas bersama pemuzik2 dari serpihan band2 awal Ipoh seperti Anator, Mass Grave, N.chaos & Profane creation terbentuknya Voci ilham dari Daie sendiri. Setelah beberapa tahun di studio, Voci akhirnya meriliskan demo sulung berjudul " In Aeturnum " dengan 4 lagu berpaksikan gabungan muzik Dark/Doom/Death metal yang depresif! Di rakam dengan line up 'Daie (vox/gitar/keyboard) Gea dreamstorm ex Athotorgh/Anator(gitar) Batara guru(bass) & Azmaniarkht(drum). Batara & Azman masih mengemudi band Langsuir. Daie' juga turut di undang menanggotai band N. chaos di posisi gitar dan merakamkan demo sulung "Necrotic chaos "(1994).Demo ini mendapat reaksi positif biarpun hanya di edarkan dalam kuantiti terhad.Tahun 1995, menyusul pula demo ke 2 " Pslam of Infernal Parturition " dengan 3 lagu yang di lihat telah berubah ke arah tradisional black /doom metal. Demo ini juga hanya di keluarkan dalam kuantiti terhad. Di rakam dengan line up Dai'e(vox/gitar/keyborad) & Gea (vox/drum).
Melalui kehebatan rilisan demo2 ini, label Nebiula prods telah menawarkan mereka untuk meriliskan Album. Lantas album sulung Voci berjudul "Ocean Myth" mula di pasarkan pada tahun 1996 dalam format kaset oleh Nebiula prods.Mengandungi 7 buah lagu dengan stail black / Dark/Doom/death metal yang depresif! Antara nya 'vociferation eternity, eclipse, the lake pauh janggi dan 2 buah lagu dari demo pertama in aeternum & ocean myth . Kesemua lagu adalah hasil garapan Daie sendiri dan lirik2 puitis di tulis oleh Batara guru. Album ini di rekodkan di Dream Walk Studio, jln loke yew Kuala Lumpur dan di terbitkan sendiri oleh mereka.
Di rakam dengan line up Dark e (vox/gitar/keyboards) Batara guru(bass) & Azmaniarkht(drum). Album ini dengan pantas menjulang nama Voci ke persada metal global...di tambah dengan penglibatan dua organ terpenting Langsuyr! Biarpun di waktu ini pasaran muzik metal tempatan di pelapori oleh muzik Black metal yang agak kuat. Voci tampil dengan muzik menyongsang dari black metal, mereka tetap dengan Death metal! Penghujung'96, dua buah lagu dari album ini telah di masukkan di dalam Kompilasi hebat "Storm of Nebiula vol 1" Voci di satukan dengan Langsuir, Aradia, As sahar, & Sil khannaz. Dalam sibuk menpromosikan album ini, Dark e telah di pelawa menanggotai band metal elit Sil khannaz di posisi gitar ke 2 mengantikan kekosongan yang di tinggalkan oleh Joe slaughter dan merekodkan album ke 2 band ini "Gerbang Kayangan" yang di keluarkan pada tahun 1997. Tahun 1998, apabila lagenda Death metal ipoh Necrotic chaos kembali di hidupkan, Dark e kembali di panggil mengalas posisi gitar.
Atas kesibukan terhadap kerjaya peribadi dan komitmen band Sil khannaz ,projek album ke 2 tersasar ...di tambah dengan faktor line up yang berjauhan.Awal tahun '99 Album "Ocean myth " seterusnya kembali di ulang cetak dalam format CD dengan cover baru bersama proses mastering semula.
Penghujung'99 album ke 2 "Meadow yearn" akhirnya di pasarkan setelah begitu lama di tangguhkan. Menampilkan 8 buah lagu yang agak berlainan dari album pertama. Voci kembali dengan karya yang lebih matang....agresif bersama tempo lagu yang laju. & depresif! Pengaruh Doom metal juga tidak di tonjolkan...konsep album ini lebih kepada Black /Death metal depresif. Di rakam di King Studio P.Jaya.Untuk album ini Dai'e & batara bersama mengarang lagu & lirik. Dai'e(vox/gitar/keyboards) Batara (bass) Adjheez Langsuir ex drum & Mazwira N.chaos ex drum. Turut mengunakan vocalis wanita -Mellisa Chaostar. Tiada lagi trademark laungan vocal high pitch Daie untuk album ini .Logo tulisan band turut di lakar baru....
Bagi peminat2 lama, mereka inginkan Voci dengan stail lama Doom Dark metal. Album ini turut di edarkan di Eropah oleh Copro prods di mana pengiklananya turut tersiar di dalam Magazine nombor satu dunia Terrorizer!
Memasuki tahun 2000, Voci telah di panggil menberi penghormatan buat Album tribute to Brain Dead di bawah label Bob Demisor. Voci telah menbawakan lagu "Sacred " dengan mood Depresif Dark Death metal! Sebuah lagi album penghormatan....buat SEARCH,"Brutal All Stars" mereka telah menbawakan lagu 'serigala segalanya'& ' m20entari merah di ufuk Timur...dengan Jaie Sil khannaz sebagai vocals. Dua buah lagu ini di bawakan dengan stail
Deprssif/Doom/Death metal.
2001, menyaksikan Batara guru mengundurkan diri dari scene metal .... Daie tekad meneruskan band ini berseorangan.
Tahun 2002, Nebiula mengeluarkan album ke 3 Voci "For thee.....dalam format kaset, mengandungi 7 buah lagu yang kembali ke arah muzik Depresif Doom/Dark/Death metal. Laungan high pitch Dark e turut kembali..... Dark e bertindak One man band untuk album ini, untuk sesi gig rakan2 seasonist akan di undang.
Untuk tahun2 berikutnya.... tiada material Di keluarkan, Dark e juga di lihat sibuk dengan aktiviti Sil khannaz. 2005,Nebiula di lihat mengeluarkan album kompilasi the best of... yang menghimpunkan karya2 terbaik Voci .Hampir 11 tahun tanpa material, 2012 Voci kembali dengan split album bersama band baru dari Ipoh Nekrad berjudul "Dragon Pengaso" menampilkan 4 lagu baru yang masih dengan Dark Doom Death metal bersama sound yang lebih moden.
Voci kembali ke pentas2 gig bersama pemuzik seasonist....Tahun 2016,Album "Ocean myth "(1996) " Meadow yearn "(1999) & " for thee...(2002) kembali di riliskan dalam CD dengan cover baru oleh Nebiula prods untuk generasi baru.
Di waktu ini juga anggota2 lama kembali bersama...Dai'e(vox/gitar) Batara (bass) Adjheez(drum)& Deadzul anggota baru (gitar).
Adakah Vociferation eternity akan kembali mengeluarkan material baru...hanya masa menentukan.
(Sejarah ringkas penubuhan Voci......)
• in aeturnum (demo '94)
• Psalm of infernal paturation(demo'95)
• Ocean Myth (full album 1996)
• Meadow yearn (full album 1999)
• For thee (full album 2002)
• Dragon pengaso(split 2012)
Original line up
Daie (vox/gitar)
Batara guru (bass)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Vortex from the east zine # 11 (1994)
Vortex from the east # 11 1994 Editor : Ajizz Bahasa : Malay/english Interview : Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...

-
VALENTINE SOUND PRODUCTIONS Sejarah Awal Joe Siva Joe Siva, pelopor dalam senario muzik bebas Malaysia, pengeluar rekod dan deejay,...
-
Slum scum rasminya di tubuhkan pada penghujung tahun 1991,di Ibukota Kuala Lumpur. Di asas kan oleh anak muda bernama Zulkhairi@Eri Alt...
-
" Spiral kinetic circus' di tubuhkan dlm tahun 1992 oleh Fathul@Fatullah luqman Yusuff.' Sebagai remaja yg aktif menulis la...
No comments:
Post a Comment