Historikal Sil khannaz part 2

PART II..... 


Tahun 2005, Joe kembali bersama... .dan seterusnya di beri kepercayaan utk menanggotai band lagenda Blackfire! Bersama band Cult  ini, Joe memulakan rakaman album pertama dgn bantuan Jadam & jaie selaku penerbit di Nebiula sound recording. M Jaie adalah individu yg banyak menbantu utk merialisasikan album sulung Blackfire ini sehingga berjaya di hasilkan. Album Blackfire - lahir dari api di pasarkan pada 6/6/06 di bawah Nebiula prods. 8 buah lagu klasik ini adalah hasil sentuhan gitar  Joe slaughter. 

Setelah begitu lama menanti tahun 2005 VCD Rockumentari SIL KHANNAZ'akhirnya di keluarkan setelah tertangguh sejak 2003 lagi ekoran isu bodoh black metal ', Vcd ini mengisahkan perjalanan band ini bersama interview ringkas dari rakan2 Ug seperti Rashdan Punisher,Mie FTG ,Aziz vortex, Ajax ultra hingax dan coretan dari anggota2 Sil khannaz sendiri. Turut di muatkan video klip dari lagu Gerbang kayangan, Purnamarjuna....etc. Satu khazanah dokumentari dari pemuzik2 Underground tempatan!

Dalam waktu yg sama, Ogos 05 mereka kembali ke King Studio P. Jaya utk merekodkan album ke 4,studio lagenda buat pemuzik2 rock metal. Dan ramai yg menbuat andaian direksi muzik Sil khannaz akan kembali ke landasan Death metal era Conception of madness 'dgn kembalinya Joe slaughter, namun hampir 80% lagu2 baru ini telah di karang sejak 2004 lagi, Joe hanya menbantu utk menvariasikan lagi muzik Sil khannaz. 
    Rilisan terbaru Sil khannaz yg berjudul " Berdiri antara Panji Panji " mula di pasarkan pada 2006 dlm format Digipack CD & kaset. Sepenuhnya di bawah label besar InterGlobal Malaysia(dahulunya Pony Canyon) setelah Nebiula menghadapi krisis ekonomi .Menampilkan 9 buah lagu baru termasuk Outro dari Joe slaughter. Sebuah karya yg agak berbeza dari produk2 sebelum ini.....mereka kembali dgn muzikal yg teknikal, agresif, bermelodi, progresif....masih dlm acuan Metal berat! Kesemua lagu di dlm bahasa melayu dgn penulisan lirikal yg lebih ringan dan banyak berkisar tentang isu black metal yg melanda Negara. Album ini mahu mencuci kesan hitam yg masih berbekas! Segala peralatan muzik di taja oleh CK Music dan line 6. Turut menyelitkan sebuah lagu 'Teras Besi ' yg kembali ke acuan heavy metal 80an yg unik! 
Anggota2 band turut menggunakan nama identiti asal Jaie@Ramzee(vox) Dark e@Azrin Dahari(gitar) Neer hashirim@hashim(bass) Joe@zulkifli(gitar) & Adhjeez@afzal(drum).
Produk terbaru ini menyaksikan Adhjeez sepenuhnya menjadi anggota Sil khannaz mengantikan Lan bye yg tidak lagi dpt memberikan komitmen. Lan telah berhijrah ke Melaka atas urusan kerja dan menbuka laluan buat Adhjez biarpun beliau masih ingin bersama band ini. Penglibatan Adhjeez bermula melalui album tribute Darah muda' lagi. Lan bye kemudian bertemu dgn Malik di Melaka dan seterusnya di pelawa menanggotai reunion Brain dead bagi mengantikan Shahrin yg tidak dpt menberikan komitmen penuh. 
Dlm tahun'06 , Ep 'Pendita Gila' kembali di riliskan kembali dgn cover baru beserta remastered. Di susuli dgn 'Gerbang kayangan'yg turut di riliskan kembali bersama cover yg berbeza beserta lagu bonus dari 'crazy night(Loudness) & sebuah lagu baru 'Angin shar shar' dan lagu Gerbang kayangan turut di rakamkan kembali dgn tajuk baru Finding lunar bersama lirik bahasa inggeris. 

Sil khannaz seterusnya di undang menyertai konsert Rock the World di Bukit Jalil yg di sertai pelbagai band termasuk Infectious maggots. Tour promosi 'Panji panji' mula di jalankan.....Sebuah lagi gig bersejarah buat mereka apabila Club Planet Hollywood di Bukit bintang telah menberi ruang utk beraksi..... Perancangan awal adalah utk mengundang rakan2 lama beraksi namun tidak berhasil. Gig ini kembali menbariskan gandingan Dark E, Joe slaughter & CD khanzab!  Set pertama menbariskan anggota2 album baru dan set ke 2 mengandingkan kesemua anggota dgn lagu2 era Conception - Bara pawaka .Lan bye turut bermain drum. Gig ini telah di rekodkan dlm video dan di rancangkan utk di keluarkan dlm DVD, namun tidak menjadi kenyataan di sebabkan beberapa masalah teknikal. Ianya hanya di keluarkan dlm format cd sahaja dgn judul " 20th universary at live Planet Hollywood 07".
Penutup 07, Sil khannaz di undang utk beraksi dlm konsert Napalm Death di Kuala Lumpur sbg opening act. 

2008, Sil khannaz meriliskan sebuah DVD Official Bootleg 1993 - 2008" yg menghimpunkan video rare live Gig di picaddily era 1993 dgn line up klasik era Conception of madness! Gig ini adalah anjuran VSP yg waktu itu baru memasarkan album Sil khannaz, Suffercarion & Carburetor dung. 
Konsert Rock the World 
Konsert Napalm death dan Gig Metal camp 1 . Di dlm gig Metal Camp 1-2008 ini,  Joe slaughter tidak lagi menanggotai Sil khannaz, sebaliknya posisi gitar di gantikan oleh Roi inhuman yg pernah bersama band Death metal dari Kuala Lumpur Ephemeral . 


Bekas gitaris hebat Sil khannaz,  CD khanzab akhirnya muncul dgn album solo pertama nya" Bara Rasa" dgn menggunakan nama CD Naz tribute buat band lamanya. Kemunculan CD dgn album solo ini cukup mengejutkan...CD tampil dgn jalur muzik yg lari jauh dari acuan muzik ekstrim Metal!  Album ini sepenuhnya berkonsepkan mainstream muzik Rock moden, Ballad, jazz, alternative dan sedikit heavy metal. Tiada pendekatan lagu berkonsepkan hero gitar, sebaliknya CD cuba utk mencuba target muzik mainstream yg pelbagai....di riliskan oleh Pony Canyon. Turut mendapat sentuhan dari Jadam, zizie hashim(lirik) p.e Maggots(gitar). Album ini mendapat sambutan... Turut tersenarai di dlm carta Muzik2 dan beberapa lagu di jadikan lagu tema utk drama tv. CD menemui jln baru buat muziknya.....
2010, Joe slaughter kembali dgn menanggotai band Silent Death yg baru di hidupkan kembali oleh Stone. Joe pernah bermain bersama Silent Death di era pertengahan 90an.
    2011, Album klasik 'Conception of madness' di riliskan pula dlm format lp piring hitam dgn cover asal beserta gambar2 klasik sesi rakaman album klasik tersebut yg tidak pernah di keluarkan. Keluaran istimewa ini di edarkan dlm kuantiti terhad oleh label Gempita Record. 

Manakala Joe slaughter pula merakamkan album bersama Silent Death ' silent kiss of death' yg di pasarkan pada tahun 2012 oleh label edrie hashim -Neo Gendang. Namun ini merupakan album terakhir Silent Death, di mana pengasasnya'stone' telah kembali ke rahmatullah....Silent Death di bubarkan dan Joe slaughter pula berhijrah ke Qatar atas tuntutan kerja. 

Sil khannaz turut aktif dgn aktiviti gig di serata negeri.....2014, Conception of madness' sekali lagi di riliskan dlm format Digipack CD dgn penambahan lagu bonus dari demo 'Assassin led by blasphemy(1992). Antara rilisan paling banyak di riliskan semula dgn cover asal. 2015 Conception of madness " sekali lagi di angkat martabat nya sebagai antara karya Death metal terbaik tanahair...di riliskan dlm format CD oleh label mainstream NSR dgn cover asal. NSR telah menbeli semua hak cipta VSP dan turut meriliskan kembali karya2 klasik dari Suffercation, Slum scum, Senseless....etc.

Beberapa tahun tanpa material terbaru, 2015 Sil khannaz tampil dgn Ep "Thunder roar " dgn 4 buah karya terbaru 2 lagu inggeris dan 2 lagu bahasa melayu. Rilisan pertama Roi(gitar) bersama Sil khannaz sejak menyertai band ini pada 2008 mengantikan Joe slaughter. Ep ini menperlihatkan Sil khannaz tampil dgn muzikal yg masih mengekalkan muzik bermelodi, progresif, teknikal campuran dari Heavy, thrash dan Death metal! Di riliskan oleh label rakan2 mereka 'Mamat Record ' dlm format kaset, CD & Vinyl lp limited. Sil khannaz turut tampil dgn imej yg lebih versetail....maskot moto berkuasa besar(super bike). Gig menpromosikan Ep ini mula di jlnkan di serata negeri. 

Penutup 2015,giliran 'Gerbang Kayangan'pula di riliskan dlm format Lp vinyl dgn cover yg sedikit di perbaharui....di riliskan oleh label Gates of Metal record. 

Tahun 2016, menyaksikan Nebiula prods kembali bangkit dgn meriliskan semula album2 klasik yg pernah di keluarkan.Termasuklah Ep "Pendita Gila" yg di riliskan dlm format CD dgn sedikit perubahan pada cover,beserta lagu bonus dari demo klasik 'Doctrine to Hell'(1990) yg tidak pernah di rilisakan sebelum ini dlm mana2 keluaran !Ianya sesuatu yg cukup istimewa kerana demo klasik ini begitu sukar utk di jumpai lagi.....bonus buat folower2 baru Sil khannaz. Ep ini turut di edarkan di pasaran luar Negara  oleh Nuclear war now prods. 
Anggota2 Sil khannaz turut memulakan rakaman utk Album terbaru.....namun projek album ini sedikit tertangguh di sebabkan beberapa masalah.Mereka turut mencari label2 baru utk meriliskan album terbaru ini. 
Penutup 2016, ' Bara Pawaka ' pula di riliskan kembali dgn sedikit perubahan pada cover asal beserta 2 bonus tambahan utk lagu live barapawaka'& One mind ' yg di ambil dari album live planet Hollywood. Penantian peminat2 utk mendapatkan karya terbaru band ini masih tidak terlaksana......
Dec 2017,'Ep Pendita Gila' di riliskn dlm format Vinyl lp oleh Mamat rec.Di cetak dlm kuantiti terhad.

2018.....live album 'Stronger than before' pula di riliskan semula dgn cover asal dlm format CD, di sertakan lagu bonus dari CD live at Planet Hollywood 2007. Live bonus ini menpuyai sound sistem terbaik.....

Album ke 5 Sil khannaz yg di beri judul " Tawanan Dosa " akhirnya di riliskan pada pertengahan 2018 di bawah label mainstream  BsyncLive Prods,  Di rakamkan di Bsync Studio dan di terbitkan oleh Adam sofian(Big boss Bsync). Menampilkan 8 buah lagu di mana 2 lagu di ambil dari Ep 'Thunder roar' -Makar Enam, dan Stench of the fallen' yg di rekod kembali secara live recording dgn stail sound yg lebih tight! Enam lagu baru hasil kreativiti kesemua anggota Sil khannaz sendiri, dgn paksi muzik yg masih dlm acuan Metal berat. Album kali ini lebih variasi muzikalnya....elemen2 progresif, teknikal dan bermelodi masih di teruskan...
Sebuah lagu berjudul 'Mankind' di buat dlm stail heavy metal duet Jaie & Marry Gunner dari band Shewolves. Lirikal pula lebih berkisar tentang alam2 Neraka dosa/pahala manusia di akhir zaman.
Di rakam dgn line up Jaie jokhannaz(vox) Dark E(gitar) Roi inhuman(gitar) Neer hashirim(bass) & Afzal(drum).

Itulah Sil khannaz....yg kini masih terus berdiri dan berbisik di sebalik hati2 manusia dgn karya2 hebat mereka.....
Raja Metal ekstrim Malaya!!!!
Biografi

Doctrine to hell(1990)
Jaie(vox)
Shidi(gitar)
Din(bass)
Lee space(drum)

Assassin led by blasphemy(1992)
Jaie(vox)
Shidi(gitar)
Din pendita Gila(gitar)
Tom decibel(bass)
Lan bye(drum)

Concepction of madness(1993-VSP)
Jaie jokhannaz(vox)
Cd khanzab(gitar)
Joe slaughter(gitar)
Tom decibel(bass)
Lan bye(drum)

Pendita Gila(1995-Nebiula)
Jaie jokhannaz(voc)
Cd khanzab(gitar/bass/drum)

Gerbang Kayangan(1997-Nebiula)
Jaie jokhannaz(vox)
Cd khanzab(gitar)
Dark E(gitar)
Hashim pestilence(bass)
Lan bye(drum)

Stronger than before(1997-Nebiula)
Jaie (vox)
CD (gitar)
Dark e(gitar)
Hashim(bass)
Lan(drum)

Bara Pawaka(2000-Nebiula)
Jaie jokhannaz(vox)
Dai e(gitar)
Neer hashirim(bass)
Lan bye(drum)

Darah Muda(2003-Pony Canyon)
Jaie(vox)
Dark e(gitar/vox)
Hashirim(bass/vox)
Lan bye(drum/vox)
Adhjeez(drum/vox)

Berdiri Antara Panji Panji(2006-InterGlobal)
Jaie@Ramzee(vox)
Dark e@Azhrin(gitar)
Joe slaughter@Zulkifli(gitar)
Neer@hashim(bass)
Adhjeez@Afzal(drum)

Thunder Roar(2015-Mamat rec)
Jaie jokhannaz(vox)
Dark e(gitar)
Roi inhuman(gitar)
Neer hashirim(bass)
Afzal(drum)

Tawanan Dosa(2018-Bsync)
Jaie jokhannaz(vox)
Roi inhuman(gitar)
Dark e (guitar)
Neer hashirim(bass)
Afzal(drum)


No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...