Sejarah penubuhan Band Rock/heavy metal-Desire


Sejarah penubuhan band lagenda Rock/Heavy Metal bernama ' Desire '.Bermula pada tahun 1983 di tubuhkan di kota bahru Kelantan oleh Lee dan Zainudin bersama beberapa orang lagi rakan muziknya. Kugiran ini Di tubuhkan atas minat dan pengaruh muzik hard  Rock yang begitu kuat.Bermula tanpa sebarang nama....sehinggalah Zainudin yang menjadi pengurus mereka mencadangkan mereka menggunakan nama D'ZAI sebagai nama band.Nama ini di ilhamkan dari singkatan nama beliau Zainudin. Line up terawal D'ZAI di barisi oleh Lee(gitar) Razmi (vocals) Edy (bass) Man(gitar)& Ali(drum).Memulakan aktiviti muzik dengan lagu2 cover band Di0,Deep purple, Led Zeppelin, Sweet charity, Iron maiden,Scorpions....etc. 
Zainudin adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan peralatan muzik untuk mereka. Kugiran ini di asaskan untuk bermain di majlis2 kenduri kawin dan mengiringi persembahan live.Di peringkat awal D'ZAI berpeluang mengiringi artis2 pop 80an /60an seperti S. Jibeng ,jefry Din, Mazuin dan ramai lagi yang datang menbuat persembahan di Kota bahru.
Semua tawaran ini di atur oleh Zainudin yang menpuyai ramai kenalan dalam bidang muzik. Tambahan Lee juga turut menpuyai ramai kenalan kerana beliau pernah bertugas di stesen Radio Kota Bahru. 

Di setiap show, D'ZAI  akan menbawakan lagu cover dari band Rock heavy metal seperti Iron Maiden, loudness ,Scorpions,Dio...etc.Man(gitar)mengundurkan diri atas kerjaya dan di gantikan oleh Amir.  Tahun 1984,perjalan D'ZAI semakin cerah ...apabila mendapat peluang bermain di luar Kelantan.Pertama kali mereka menbuat show di beberapa daerah di Thailand seperti Bangkok, Songkla, Patani, Yala dan sempadan thai di sungai wing. D'ZAI mendapat peluang bermain di Thailand dari seorang promoter konsert Thai yang mengetahui tentang D'ZAI melalui rakan2 pengurus di kota bahru. Biarpun tanpa sebarang album @ menpuyai karya sendiri D'ZAI telah berpeluang bermain di luar Negara.Segala kos semua di tanggung ,di waktu ini penerimaan muzik Rock di Thailand agak kuat biarpun belum ada band2 rock tempatan muncul di sana.D'ZAI berjaya mengumpul peminat2 tersendiri... Mereka bermain di Thailand selama setahun dari 1984 - 1985.
Di tahun '85,lahirnya sekelompok kecil peminat muzik keras thrash metal di Kota Bahru bernama THE HARDKORES !Di terajui oleh Dol maarof (adik Rahim maarof ). 85' D'ZAI telah berpeluang beraksi di pentas besar sebagai band opening act untuk Konsert Road tour 'SEARCH'cinta buatan Malaysia yang di adakan di Stadium Sultan Mahmud ke 4 di kota bahru. Berpeluang beraksi di hadapan 15,000 ribu peminat dengan sambutan cukup hebat. Satu konsert bersejarah buat D'ZAI..... Dan inilah konsert Rock pertama kali nya di adakan di Kelantan.Selepas Di masa ini muzik Rock mula merebak ke serata pelusuk negeri.Pertengahan '85,sebuah pertandingan muzik rock telah di anjurkan...dan D'ZAI telah menjadi Juara di dalam pertandingan juara Rock Kelantan. 

TRANSAKSI MUZIK 
Lewat '85, D'ZAI mula terpengaruh dan bermain muzik yang lebih keras iaitu thrash metal. Dol maarof adalah antara rakan yang banyak menpegaruhi muzik D'ZAI. Mereka mula bermain muzik thrash dari Metallica, Anthrax, Exodus, Slayer....etc. THE HARDKORES & D'ZAI adalah 2 band paling awal di Kelantan yang memainkan muzik thrash metal.Rujukan utama adalah dari Kedai Metal Merchant di taman sekebun bunga di Kota bahru. Biarpun telah mengubah jalur muzik, D'ZAI tetap menbawakan lagu2 rock untuk show @ di majlis perkahwinan. 
Imej D'ZAI turut terpengaruh dengan jaket kulit, bullet dan rantai. Awal 1986,buat pertama kalinya D'ZAI bermain di stesen Radio kota bahru dengan memainkan lagu cover Metallica. Tahun 1986 merupakan era muzik thrash metal bagi D'ZAI. 

Memasuki tahun 1987,Saiful masuk mengantikan Amir(gitar)dan satu transaksi terjadi....Lee sepakat menukarkan nama D'ZAI kepada nama baru 'Desire'dengan jalur muzik rock heavy metal. Pertukaran nama ini di sarankan oleh Saiful kepada Lee Kerana lee telah merancang untuk menjadikan band ini lebih di kenali. Perubahan ini juga di sebabkan Ali sulong (drummer) tidak lagi bersama dan berhijrah ke New Zealand atas urusan kerja.Tambahan pula Ali merupakan anggota yang fanatik thrash metal berbanding anggota yang lain.Penganti Ali tidak mampu menbawakan stroke drum lagu2 thrash seperti Ali. Azed(drum)lebih ke arah muzik rock dan secara tidak langsung pengaruh muzik thrash di dalam D'ZAI telah hilang. Zaman muzik thrash metal mereka sudah berakhir....kini bermula lah era baru buat mereka. Desire buat pertama kalinya menyertai pertandingan muzik rock "Battle of the Band" anjuran Lokman junid -Dewi suhana studio yang di adakan di Kuala Lumpur. Desire di terima sebagai wakil dari Kelantan. Mereka akhirnya ke Kuala Lumpur....pertandingan ini turut di sertai oleh SYJ,Burnmarks,D'Febians,M.A.Y,Scandals,Blackfire,Metal child dan banyak lagi termasuk band jemputan Rusty blade. Biarpun tidak memenangi pertandingan ini ,mereka telah memenangi tempat ke 4,tempat pertama di menangi oleh M.A.Y,ke 2 D'febians dan ke 3 Burnmarks. Melalui siri2 pertandingan inilah pihak label melihat bakat dan kebolehan Desire. Label Polygram yang waktu itu mencari band2 rock baru telah menawarkan kontrak rakaman kepada Desire untuk 3 album. Memulakan rakaman sekitar pertengahan '87 di Lion Studio, Singapore dengan selian Eric yeo selaku penerbit. Anggota band ini turut menyumbangkan lag dan di Bantu oleh Siso kopratasa untuk sentuhan lagu. 
Album sulung Desire berjudul " Sumpitan Senja" mula di pasarkan pada tahun 1988 oleh Polygram.Berkonsepkan Rock heavy metal dan turut menyelitkan beberapa lagu slow rock untuk pasaran radio.Tajuk album ini adalah hasil kreativiti Siso. Line up untuk album ini Razmie@Nasran(vocal) lie (gitar utama) Saiful (gitar) Zuki (bass) & Rosdi (drum).
Album ini telah mendapat sambutan di pasaran...lagu slow rock 'Dian Cinta' telah di putarkan di corong2 radio.Nama Desire mula di kenali oleh peminat2 rock serata Malaysia. Namun ramai peminat mengatakan vocal Razmie lebih sesuai mendendangkan lagu2 berentak hard rock berbanding slow rock. Setelah beraksi di beberapa pentas, Razmie mengundurkan diri dari band ini.......
Lie seterusnya mengambil 'Johan'yang merupakan rakan lama nya menjadi vocalis. Saiful pula melangkah keluar atas kerjaya peribadi. Mereka kembali ke Lion studio Singapore untuk rakaman album ke 2.
Album ke 2 berjudul " tolak, tambah, darab, bahagi " mula di pasarkan dalam tahun 1989 oleh polygram. Album ini turut mendapat sentuhan Siso, usop & sani kopratasa, Shukri Belantara, dan Razman dari band Touch. Anggota2 band ini mengarang 2 buah lagu sendiri. Di rakam dengan line up Johan(voc) lie (gitar)Zuki(bass) & Rosdi(drum).
Album ke 2 ini lebih heavy berbanding album pertama....dan telah melonjakan nama band ini lebih tinggi. Kesemua lagu mendapat sambutan....di corong2 Radio. Lagu slow rock 'bias cinta ' & sentuhan'mendapat tempat di hati peminat. Mencatat angka jualan yang agak tinggi sehingga Desire mendapat anugerah Gold platinum. Album ini adalah yang terbaik buat mereka....menerima tawaran show di serata negeri. Album ini turut di pasarkan di Singapura & Brunei dan band ini turut menpuyai ramai peminat di sana.Pihak Polygram turut menawarkan anggota2 band ini berpindah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan lagi pengurusan band. Namun tawaran itu terpaksa di tolak kerana anggota2 band telah menpuyai komitmen keluarga di Kelantan. Banyak sejarah yang di lakar bersama album ini....antaranya konsert di Johor Bahru bersama Sweet charity 88,Febians,B.p.r & S.y.j yang di hadiri puluhan ribu peminat sehingga ke luar stadium. Selepas melakar kejayaan bersama, Johan(vocal)dan Rosdi(drum)akhirnya mengundurkan diri atas sebab peribadi. Lie lantas merekrut Eury Khan sebagai vocalis baru,dan Bidin selaku drummer baru. Line up ini kembali ke studio dan merekodkan album ke 3 berjudul " Kata, Kata ,Kata " yang di pasarkan pada tahun 1990 oleh Polygram. Album ini menyaksikan perubahan dalam jalur muzik mereka yang lebih ke Arah balada rock/funky rock.Namun album ini tidak begitu mendapat sambutan...lagu2 slow rock kurang di putarkan di corong radio. Era 90an juga menyaksikan pengaruh muzik Rock di Malaysia mula berkurangan, Kerajaan juga mula menbuat pelbagai sekatan dan undang2 terhadap muzik rock yang di katakan menbawa gejala negatif.Banyak Show @ konsert Rock terpaksa di batalkan. Di Kelantan pula, kerajaan Pas mula melarang sebarang show @persembahan yang mendatangkan gejala negatif. Isu rambut panjang turut mencengkam pemuzik2 rock tempatan,dan band2 rock yang menggunakan nama inggeris di haramkan muncul di media media cetak @tv .
Desire turut merasai masalah ini, Lie selaku ketua menbuat keputusan untuk berundur dan merehatkan band ini setelah hampir 8 tahun aktif di pentas muzik rock tanahair. 

Eury khan(vocalis) dan Bidin(drum) pula menubuhkan sebuah band baru dengan nama NOBAT berpaksikan muzik rock.Namun setelah di perkenalkan di media medi, nama ini mendapat tentangan dan tidak sesuai di gunakan kerana di katakan bersamaan dengan alatan di Raja. Akur dengan keadaan ini mereka lantas menggunakan nama "S.O.S @ Semua Orang Suka " sebagai nama band.S.O.S lantas melahirkan album sulung "Ketam Ketam Batu" pada tahun 1991 di bawah Polygram. Berkonsepkan Rock bersama campuran muzik rap! Line up untuk album ini Eury khan(voc) Shah(gitar) Limi(Bass) & Bidin(drum).Album ini tidak sehebat album era Desire namun sempat di minati melalui lagu 'Djamilah'berkonsepkan rap rock. S.O.S hanya bertahan untuk satu album sahaja...dan akhirnya berpecah dalam tahun 1992.
    Manakala Bekas anggota Desire yang lain masih aktif dalam dunia muzik di belakang tabir.....

Desire 2007

Hampir 16 tahun berkubur, tahun 2007 Lie(pengasas)kembali menubuhkan band ini dengan anggota2 baru dan melahirkan album ke 4 " puteri saadong " yang di terbitkan sendiri oleh mereka. Segala rakaman di lakukan sendiri di Kota bahru dan album ini agak sukar di dapati di pasaran terbuka kerana hanya di edarkan sendiri oleh mereka.Masih mengekalkan muzik hard rock namun lebih menekankan stail permainan gitar. Wadi(vox) Lie(gitar) Roy(gitar) atid(bass) AziZ(drum) lan(drum). Aktiviti muzik Desire hanya di Kelantan sahaja.
2010,sebuah kelab peminat Desire telah di tubuhkan di facebook dan berusaha mengumpul kembali anggota2 asal band ini. Kelab ini akhirnya berjaya mengumpul anggota2 asal band ini seperti Zuki, Johan, Saiful,Aziz,& Lie. 2010 Desire re union kembali dengan anggota asal ...dan menbuat konsert tertutup di kelab Suara muda kota bahru.Menampilkan Johan sebagai vokalis re union. 
Desire reunion 2010,seterusnya bermain dalam mini konsert di One Cafe Kuala Lumpur pada Dec 2010,namun tempat Saiful telah di ganti oleh yie kerana Saiful mengalami masalah kesihatan. Mini gig ini telah di rekodkan dan di jual dalam bentuk DVD "Desire reunion 2010 live one cafe " pada awal 2011.
Mac 2011,Desire reunion ' kembali untuk konsert gig Fenomena rock Di One cafe yang turut di sertai oleh Febians, SYJ, Junction dan Rusty rabak. Untuk gig ini Johan tidak dapat bersama dan posisi vocals di galas oleh wadi vocalis untuk album puteri saadong dan lagu2 yang di bawa juga banyak di ambil dari album tersebut. 

Pertengahan 2011,terjadi krisis di antara anggota band yang mebuatkan Johan & Saiful mengundurkan diri dan menubuhkan band mereka sendiri bernama DESIRE X. Manakala Lie meneruskan Desire dengan anggota Zuki(bass) Aziz (drum)  & mengambil Shaq bekas artis mentor menjadi vocalis. Bersama shaq Desire sempat beraksi di beberapa konsert dan berhasrat merekodkan album Naga vs ular namun tidak menjadi......Shaq turut mengundurkan diri Dan Desire di rehatkan untuk seketika. Tahun 2012,bekas vocalis sejak era 1984 - album Sumpitan senja 'Razmie@Nasran' telah meninggal dunia. Tahun 2013,Desire kembali aktif apabila Johan & Saiful kembali berdamai dengan Lie dan Desire reunion ini mula banyak mendapat undangan show di sekitar Kelantan dan Terengganu. Namun semangat mereka sedikit terjejas apabila Aziz(drum) pula meninggal dunia pada penghujung 2013. Lan yang pernah bersama untuk album ke 4 di undang untuk sesi live. 
Desire turut mendapat undangan di Thailand. 
2014,.....sekali lagi berita sedih di terima ,Saiful pula meninggal dunia . Anggota lain masih terus kekal dan berhasrat untuk merakamkan sesuatu....

Tahun 2016,Rosdi(drum)dari album pertama dan album ke 2 kembali bersama Johan, Lie dan Zuki di dalam Desire reunion .Di masa ini juga label Universal Music Malaysia telah meriliskan ke tiga tiga album klasik rock ini dalam CD untuk peminat collector item. Album re issue ini mendapat sambutan dan Desire mula menerima undangan live di beberapa tempat di serata Negeri.

Itulah antara sejarah ringkas Desire band rock lagenda dari pantai timur Kelantan! Melakar banyak sejarah dan cerita dalam seni Rock tanahair....Melalui dua fasa dalam perjuangan muzik, mereka pernah bermain dan perjuangkan muzik thrash metal ketika di era awal penubuhan sewaktu muzik thrash tidak lagi di kenali dan kembali ke landasan muzik rock dan berjaya melakar kejayaan dengan 3 Album yang kini menjadi sebahagian dalam sejarah Rock tanahair...... 

D'ZAI (1984 - 1986)
Razmie@nasran(vox)
Lie (gitar) 
Amir (gitar )
Saiful (gitar) 
Eddy (bass) Zuki (bass) 
Ali sulong (drum) 
DESIRE 


"Sumpitan Senja"(1988)
Razmie (voc)
Lie (gitar) 
Zuki (bass) 
Saiful (gitar) 
Rosdi (drum) 

"Tolak, Tambah, Darab, Bahagi "
Johan (vocal) 
Lie (gitar) 
Zuki (bass) 
Rosdi (drum) 

Kata, Kata,Kata (1990)
Eury khan (voc) 
Lie (gitar) 
Zuki (bass) 
Bidin (drum) 

Puteri Saadong (2007)
Wadi (voc) 
Lie (gitar) 
Atid (bass) 
Roy (gitar) 
Aziz (drum) 

#Sexolahlame

No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...