Legasi BACTERIA (1986 -1989)


'Bacteria' adalah legasi awal Silent Death, formasi awal band ini di bentuk sekitar tahun 1986 lagi di bandar tun abd razak Kuala Lumpur. Di bentuk sewaktu zaman rock kapak sedang melanda Malaysia. Bermula dengan nama 'The Angel 'di asaskan oleh Stone(gitar) Man 16(bass/vox) & yulong(drum) yang waktu ini baru berumur 15 tahun dan masih bersekolah. Atas minat yang begitu kuat band ini di hidupkan dengan seribu kepayahan...di mana mereka tidak menpuyai sumber kewangan untuk aktiviti jamm. Duit belanja sekolah di jadikan modal untuk jamm di studio. Amerah,Wasiat & hellion studio adalah antara pot utama mereka menghabiskan masa hujung minggu. The Angel adalah sebuah band yang berkiblatkan muzik Thrash metal dengan pengaruh dari Sodom, Kreator, Destruction, Slayer, Metallica ,Sepultura dan banyak lagi band2 thrash yang sedang hangat waktu itu. Kaset2 ekstrim ini di perolehi dari pasar2 malam sekitar ibu kota yang ada menjual kaset2 Apache@cetak rompak " dengan harga rm 2-5 ringgit.

Tahun 1987, The Angel telah menerima kemasukan anggota baru 'pink '& ' Asmawari ' yang merupakan rakan sekolah mereka.Dengan line up ini nama The Angel di tukarkan kepada Bacteria dengan formasi line up Asmawari(vocal)Stone(lead) pink(gitar) Man 16(bass/vox)& Yulong(drum).Dengan line ini, band ini menjadi semakin kuat. 
Tahun 1988,Bacteria telah berpeluang bermain dalam sebuah gigs di Galatica Roller Disco Kuala Lumpur bersama W12,Picagari,Nemesis,Punisher,Rator....etc. Inilah gigs pertama mereka. Rosdan Punisher adalah individu yang menbantu mereka sehingga berpeluang bermain di dalam gigs terbabit. Bacteria tampil dengan memainkan lagu cover dari Sodom-blasphemer, Death-evil dead, Sepultura-troop of dooms, Slayer-black magic & South of heaven,Kreator-cry war, tormentor, & terrible certainty,dan Metallica -master of puppet, fight fire with fire & ride the lightning '. Mereka mendapat sokongan hebat dari para metal head yang hadir...nama Bacteria mula menjadi sebutan dan di kenali. 

Bacteria juga mula berpeluang bermain di funfair2 sekitar Ibukota Kuala Lumpur bersama Punisher, Nemesis, Rator, Necrofist dan banyak lagi. Turut memasuki dan menodai majlis pertandigan muzik Rock dengan lagu2 thrash metal untuk merosakan majlis tersebut. Setelah 2 tahun bersama, Asmawari(vox)akhirnya mengundurkan diri atas alasan peribadi. Begitu juga dengan Man 16 & yulong yang menbuat keputusan untuk berundur bagi menumpukan perhatian terhadap kehidupan harian dan mencari perkejaan. Akhirnya Bacteria di bubarkan dan Stone & Pink meneruskan legasi band ini dengan nama baru Silent Death! 

BACTERIA 2010

Setelah sekian lama di bubarkan.. nama Bacteria kembali di hidupkan! Di hidupkan kembali oleh Man 16,yang kembali bertemu Stone di gig "Rator live possessed "yang berlangsung di One cafe Kuala Lumpur, di mana Silent Death turut sama menjayakan gig ini setelah menghilang dari scene,Man 16 tidak bertemu Stone hampir 20 tahun lamanya. Pertemuan ini telah menbuatkan Stone & Man kembali menghidupkan band ini bersama beberapa rakan baru. Bacteria 2010 menbariskan Man 16(vox/bass) Stone(gitar utama) Zam tok janggut(gitar) & Eddie(drum).

Sebagai pengenalan Come back ini ,mereka mula menyertai gigs di Kuala Lumpur dengan menbawakan beberapa lagu cover Sodom, Kreator dan lagu Silent Death sebagai pengenalan untuk generasi baru yang tidak sempat mengenali band ini. Atas alasan peribadi dan kerjaya,  Zam tidak dapat bersama.2011 band ini mula aktif dengan gig namun tanpa Stone yang sibuk dengan aktiviti Silent Death yang turut sibuk di studio rakaman. Posisi gitar untuk sesi gig di bantu oleh rakan2 rapat. Dalam tahun 2012,Man 16 dan rakan2 Ug di kejutkan  dengan berita Stone yang terlantar di hospital akibat serangan stroke dan jangkitan kuman. Dalam waktu yang sama Bacteria telah pun menyiapkan rakaman Ep sulung berjudul "End of Hope " yang mengandungi 5 buah lagu berpaksikan muzik Symphoni Death thrash metal. Gabungan muzik thrash bersama penggunaan keyboard. Di rakam oleh Man 16(bass/vox) Shahrul(gitar) & Eddie(drum). Di rakam di studio milik shahrul di mana beliau turut menyumbang lagu untuk Ep ini. Ep ini di edarkan secara sendiri dan pembelian online sahaja. Karya ep ini di lihat agak berlainan dengan stail asal Bacteria yang bermain Old school Death thrash metal. Di waktu ep ini di riliskan.. Scene muzik berat di kejutkan dengan berita permergian Stone ke rahmatullah......
Setelah ketiadaan Stone, Man 16 menbuat keputusan untuk merehatkan Bacteria buat selama lamanya....dan berundur dari dunia muzik. 
Ep 2012 - end of Hope 

Man 16(vox/bass)
Shahrul (guitar) 
Eddie (drum)

Bacteria dalam kenangan..... 

No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...