Historikal 'Freedom That Gone'@FTG(1989-2018)

Sejarah penubuhan band FTG@Freedom that Gone' bermula sekitar tahun 1989,di waktu ledakan n kebangkitan muzik ekstrim metal melanda tanahair. Di tubuhkan di Kuala Lumpur oleh Mie(bass/vox) jac(gitar) & zam(drum).Sebelum lahirnya band ini, anggota2 adalah rakan2 yg sering melepak di Hellion studio, Amerah studio dgn aktiviti jamming. Mie sebelum itu pernah bersama band rock Wizard yg turut di anggotai oleh Ajin Black rose. Sempat melahirkan satu album'pencarian' di bawah Warnada Music pada 1988.Mie juga kelompok terawal thrash metal di Ibukota, di mana beliau sering mengikuti gig@konsert Blackfire, Punisher sekitar awal 1988.Pertemuan Mie bersama Jac & Zam di Hellion studio telah melahirkan FTG ! Mereka bermula dgn menyertai gig2 di sekitar Ibukota dan Mie turut menbantu merialisasikan demo pertama Rator "evil symphony"(1989/90) di mana beliau telah menpuyai pengalaman dlm bidang rakaman. 
Tahun 1990, FTG turut merancang untuk merekodkan sebuah pita demo,..di waktu ini Ibart telah menyertai mereka di posisi vocal utama.  Namun  atas kenalan dgn rakan2 muzik mainstream, mereka telah di tawarkan mengeluarkan Ep oleh label baru Karun Seni Record. Pada mulanya tawaran tersebut di tolak dgn alasan mereka belum bersedia....namun atas springs rakan2,mereka akhirnya bersetuju. Feb'91, memulakan rakaman di FGM Studio, antara studio yg banyak melahirkan band2 Rock tanahair. 

Ep "Freedom that gone" mula di pasarkan pada pertengahan'91 oleh Karun Seni Record, mengandungi 4 buah lagu berkonsepkan Thrash metal! 
1. Freedom that gone 
2. Kill the evil 
3. Behind this wall 
4. Fite to free 
Inilah produk thrash metal pertama di pasarkan! Di susuli dgn album pertama Cromok -image of purity'seminggu selepas itu. Biarpun hanya 4 lagu impaknya cukup besar......FTG & Cromok berjaya mendominasi dan memecahkan tembok aliran muzik mainstream. FTG  adalah band Ug thrash metal pertama di beri ruang mengeluarkan karya di bawah label mainstream dan Ep ini turut melakar sejarah apabila turut tersenarai di carta Muzik Muzik tv3 1991 dgn 2 buah lagu! FTG turut di berpeluang beraksi live di Muzik2 91 dgn menbawakan lagu 'behind this wall '. FTG band thrash metal pertama & terakhir di beri ruang memasuki program tv tersebut. Promosi Ep ini turut tersiar di dada2 akhbar......peminat2 yg meminati rock beralih ke muzik thrash metal. 
Atas kejayaan Ep ini, label VSP seterusnya menawarkan mereka merekodkan album penuh.Mac'92,mereka memulakan rakaman di King Studio P.Jaya bersama Karl Cromok selaku penerbit. Album pertama 'After the promise' seterusnya di pasarkan pada pertengahan'92 oleh VSP ,menampilkan 8 buah lagu baru berkonsepkan thrash metal! Muzik FTG agak unik gabungan melodik thrash metal yg unik dan teknikal. Album sulung ini turut mencetuskan fenomena di arus muzik mainstream......kesinambungan dari Ep '91,biarpun tanpa promosi di corong2 radio album ini tetap mencatat angka jualan yg agak tinggi. FTG mula rancak bermain gig di serata tanahair, funfair2 sekitar ibukota.Antara gig besar adalah di Ampang 'Alternative music Showcase part 1" bersama The Pilgrims, Assault, Infectious maggots & Mutilation! Tahun 1992 begitu rancak dgn aktiviti gig. Penutup tahun 92, FTG sekali lagi di undang beraksi di gig 'Alternative music showcase part 2' bersama I.maggots,Spiral kinetic circus, Flop poppy & The pilgrims. 
Awal tahun'93, mereka tidak lagi menyambung kontrak dgn VSP sebaliknya mendapat tawaran dari label besar mainstream Pony Canyon.Memulakan rakaman di King Studio di mana utk album ini mereka bertindak sbg penerbit. Album ke 3 yg berjudul " Spirit to rebel" mula di edarkan oleh Pony Canyon pada tahun 1994,mengandungi 8 buah karya thrash metal yg bermelodik, teknikal dgn sound yg lebih baik. Buat pertama kalinya sebuah lagu thrash berentak perlahan di hasilkan... 'Dream' utk menampilkan kelainan. Melalui Pony Canyon, pamasaran album mereka lebih meluas sehingga ke serata pelusuk negeri. FTG menggunakan saluran2 media arus perdana bagi menpromosikan album ini. Dari sebuah gig/funfair mereka mula bermain di pentas2 konsert besar di ibukota.
Setelah sibuk dgn antiviti pentas, 1996,FTG kembali dgn album ke 4 berjudul 'to the front' di bawah Pony Canyon. Mengandungi 9 buah lagu dgn melodi yg cukup kuat! Masih dlm konsep thrash metal namun lebih clean......buat pertama kalinya turut menampilkan sebuah lagu melayu "dendang remaja" yg di olah dgn mood metal. Kesemua lagu dlm album ini menjadi hit...To the front di angkat sebagai album terbaik mereka dari segi jualan, ianya mencatat angka paling tinggi.
Setelah beberapa bulan  di pasarkan,..peminat2 mereka di kejutkan dgn berita pengunduran Ibart(vox) dari FTG. Ibart mengundurkan diri atas urusan untuk menjaga perniagaan family di Ipoh......FTG mula mencari vocalis baru dan akhirnya Tajul bekas vokalis band Rock HIDAYU di pilih mengantikan Ibart. Bersama HIDAYu tajul sempat mengeluarkan satu album"perjanjian'(1991) dan popular dgn beberapa lagu. 
FTG kembali menyambung aktiviti muzik mereka.....dan menbuat pengumuman akan menhasilkan full album melayu!
Tahun 1997,FTG meriliskan album kompilasi terbaik 'stronger than steel' yg menghimpunkan karya2 terbaik dr ep '91 - 96 era Bart. 

Album melayu pertama FTG 'aku tak peduli' mula di pasarkan oleh Pony Canyon pada tahun 1998. Menampilkan 10 buah lagu berbahasa melayu tanpa slow number! Album ini di lihat cukup berbeza dgn era Ibart, FTG kembali dgn sound baru....tiada lagi riff2 thrash metal era awal 90'an.....album ini masih dlm acuan thrash namun lebih progresif! Melodi2 lagu di dlm album ini cukup senang di terima oleh pendengar.... FTG juga berjaya mengumpul peminat2 baru, kemampuan vocal Tajul tidak di persoalkan... Ini kerana tajul berjaya menbina reputasi dan imej nya tersendiri. Lagu2 di dlm album ini turut di putarkan di beberapa corong Radio dan mula menjadi lagu2 wajib di studio2 jamming. 
Aku tak peduli telah meletakan FTG betul2 di persada muzik mainstream,di mana sebelum ini imej Ug masih kuat menpengaruhi mereka.Turut melayakan mereka menerima anugerah platinum. 
Dlm sibuk dgn konsert 
FTG sempat merekodkan sebuah album tribute untuk band2 Metal global seperti Deep purple, Dio, Black Sabbath.....etc. 
Di beri judul 'Made in Malaysia' mula di edarkan pada tahun 99 oleh Pony Canyon.FTG mula  Berjuang di pentas2 konsert bersama Xpdc, Search, Metalasia...etc. 
Sebuah konsert anjuran tri castle di Sunway lagoon, FTG beraksi bersama XPdc & Metalasia. Di mana konsert ini telah di rekodkan... Dan di keluarkan pada tahun 2000,dgn judul "Live at Metal war " yg mengandungi lagu2 live antaranya behind this wall, Life, spirit to rebel, black night, Malaysia maju, askar, aku tak peduli,....etc. 
Album live ini mendapat sambutan hebat! FTG turut tersenarai antara band metal mainstream di tangga ranking teratas......
FTG kembali ke studio utk projek album ke 6, memulakan rakaman penghujung 2000,dan mula di pasarkan awal tahun 2001 dgn judul "f.t.g" mengandungi 10 buah lagu melayu. Album ini tampil dgn kelainan....muzik, ianya kurang fast....masih dlm acuan Metal namun lebih ringan. Jika di lihat melodi2 lagu dari album aku tak peduli lebih fast n keras! Album ini kurang mendapat sambutan..... 
2002,menyusul pula album tribute "made in Malaysia vol 2" penghormatan buat Queen, Ac/dc,Rainbow,black Sabbath..etc.
Dan kembali ke studio untuk album ke 7,di mana FTG kembali ke acuan album inggeris. Album ke 7 berjudul" Reborn " mula di pasarkan oleh Pony Canyon pada 2003.Jalur muzik FTG cukup berbeza dgn album2 inggeris terdahulu....mereka bereksperimentasi dgn sound baru, lagu2 kembali laju n fast! Satu konsep thrash metal baru buat FTG .Penbaharuan yg cuba di bawa oleh FTG tidak begitu menjadi....album ini kurang di terima peminat. Dlm waktu sama anggota2 FTG mula sibuk dgn kerja2 studio di belakang tabir,jac menjadi penerbit utk album Abot, Viper, Cobra....etc. Manakala Mie pula terlibat dgn band reggae yg bermain di club2 malam. Atas kesibukan inilah Jac mengambil keputusan berundur dari FTG setelah bersama sejak 1989 lagi....... Wan Samurai di undang untuk posisi gitar.FTG tidak mengalah.....sebaliknya mengeluarkan album ke 8 juga dlm bahasa inggeris " Stop this Madness " dgn 12 buah lagu dlm acuan thrash metal moden. Mengambil tema peperangan utk lirik......di edarkan oleh Pony Canyon pada tahun 2004. Karya tanpa sentuhan Jac .Namun album ini juga kurang mendapat sambutan....melodi2 lagu seperti di kitar semula dari lagu  lama era tajul. 
2006, FTG Kembali dgn sebuah album melayu "Kuasa" yg menampilkan 10 Buah lagu. Seperti kembali ke era riff2'Aku tak peduli ' FTG cuba utk mengulangi kejayaan album tersebut namun tidak begitu menjadi......Jac kembali mengalas posisi gitar.
2009, peminat di kejutkan dgn berita 'kematian Ibart ' akibat serangan jantung.....
Mie pula mengundurkan diri dari FTG dan sibuk menbuat persembahan bersama Pure Vibration di luar Negara. Untuk sesi live khidmat Hashim Sil khannaz akan di gunakan. FTG juga memgumumkan untuk berehat dari menghasilkan album........namun masih aktif dgn persembahan. 

FTG kini kembali ke formasi line up asal era Tajul...kembali mengganas di pentas2 konsert.
Raja Thrash metal Malaya......!!!

No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...