Historikal-Catarrh (1992- 2009)


Sejarah tertubuhnya band bernama Catarrh, di tubuhkan sekitar tahun 1992, oleh dua orang anak muda 'Jorn yang berasal dari Raub pahang & Ajax yang berasal dari kuantan Pahang. Di tubuhkan sewaktu mereka melanjutkan pengajian di UITM Johor. (note -Ajax juga pernah bersama band indie -Spiral kinetic Circus sewaktu  di awal penubuhan band ini di Kuala Lumpur). 
Nama band ini adalah ilham dari Jorn sendiri di mana Jorn juga  pernah bersama band black metal pertama dari Raub Pahang Bazzah. Ajax & jorn begitu meminati band2 thrash metal unik seperti Anthrax, Voivod, Sacred Reich, Slayer,metallica termasuk band rock n roll seperti Motorhead, Dio, Iron Maiden.....etc. Line up awal hanya di barisi oleh Jorn (vox/gitar) & Ajax (drum).Dengan two pieces mereka memulakan aktiviti Jamm dan selang beberapa minggu Din Kepler (senior mereka) telah mrnyertai band ini di posisi Bass. Dengan itu lengkap lah line up band ini dan bagi menbuktikan kewujudan mereka, Catarrh mula mengarang lagu2 ciptaan mereka sendiri. Namun tidak lama selepas itu Din Kepler mengundurkan diri. 

September '92, mereka telah ke Kuala Lumpur untuk merekodkan sebuah demo tape yang mengandungi 5 buah lagu di Amerah Studio dengan selian Mon(F.R.U)selaku jurutera. 


Demo yang berjudul "Destructice Creation " mula di edarkan pada bulan Okt '92 mengandungi 5 lagu dalam acuan teknikal Death thrash metal yang unik bersama penulisan lirik yang terarah kepada anggota2 badan manusia.
Demo ini mendapat maklum balas dan reaksi positif di dalam fanzine2 tempatan...nama Catarrh mula menjadi sebutan dan di kenali di dalam scene muzik Ug tempatan. Awal tahun 1993, buat pertama kali nya Catarrh bermain di gig di seremban N.sembilan yang turut menbariskan Silent Death, Kitanai Chi, & Carburetor Dung.Rakaman gig ini kemudian nya telah di rakam dan di keluarkan dalam format VHS pada pertengahan'93.
Untuk sesi gig Din Kepler telah di undang bermain bass. Melalui kehebatan muzik mereka, label Dark Journey Rec telah menpelawa mereka menyertai Split Comp label ini, lantas 2 buah lagu baru di karang khas untuk kompilasi ini, di rekodkan di Digitron studio bersama Bullet(ex Nemesis). Apai di bawa masuk untuk posisi bass. Kompilasi "Dark Live Collection"  mula di pasarkan pada penghujung'93 oleh Dark Journey Rec dengan menbariskan Brain Dead , Catarrh, Tormentor, Silent Death, Nebiras & Nemesis. Inilah album kompilasi ekstrim metal pertama tanahair....pada asasnya lagu2 di dalam kompilasi ini adalah rakaman studio,namun pihak Dark Journey telah mengeluarkan nya dalam versi live. Kompilasi hebat ini telah mencetuskan fenomena di dalam Ug ekstrim tempatan....
Catarrh telah menyumbangkan 2 buah lagu 'Emptiness laughter' & Sense of stimulation ' yang melabelkan konsep mereka sebagai Non teknikal Death thrash metal dengan paduan 2 vokalis dari Jorn & Ajax. Cukup unik dan kreatif hasil kreativiti jorn selaku pengarang utama. 


Wine of Inamria -Ep 1994

Melalui kompilasi hebat ini, nama mereka semakin di kenali dan mula menerima banyak tawaran gig di Kuala Lumpur, johor, Perak dan Seremban. Label Sonic Asylum records di bawah Joe Kidd telah berminat untuk memasarkan Ep sulung mereka, lantas 6 buah lagu di rakam untuk Ep ini di womensfart studio Kuala Lumpur dengan Mon & Ajax selaku penerbit. Ep berjudul " Wine of Inamria" mula di pasarkan pada tahun 1994, menampilkan 2 lagu baru, journey to the centre of the earth' & crematarium upon the hill side' 2 buah lagu dari demo'92 'pandemic creation of khpala kohtyr & Destructice creation yang di beri nafas baru.Sebuah lagu 'jail house rot cover Elvis Presley yang di buat dalam mood punk thrash! Dan sebuah lagu dari dark live emptiness laughter' yang di olah semula. Gabungan muzik thrash/punk/hardcore/rock di olah sekali dan mereka melabelkan muzik mereka sebagai Non teknikal Metal. 
Jorn(vox/gitar)Apay(bass/bac vox) & Ajax (drum/vox).
Ep ini turut mendapat sambutan... 
Namun di waktu nama Catarrh sedang di kenali, Jorn akhirnya menbuat keputusan untuk berundur atas urusan kerja dan  kembali ke Pahang. Setelah ketiadaan Jorn, Ajax meneruskan band ini berseorangan kerana Apai turut berundur atas kerjayanya. Catarrh kemudianya meriliskan Ep demo berjudul "Paranoia" mengandungi 4 buah lagu baru dengan stail Death thrash metal.Ajax bertindak sebagai One man band untuk Ep demo ini. Tanpa Jorn, muzik demo ini agak berbeza....ianya telah menhilangkan hampir 90% muzik asal ciptaan Catarrh. 
Ajax pada mula nya berusaha untuk mencari anggota2 baru namun tiada yang sesuai dan akhirnya Catarrh di bubarkan pada tahun 1995. Jorn setelah keluar dari band ini bermain bersama Bazzah.
Lewat '95 ,Catarrh kembali di hidupkan semula oleh Jorn bersama anggota2 baru dan merekodkan demo berjudul "Night flight " dengan 5 lagu baru dengan konsep baru yang cukup berbeza dengan konsep awal band ini ketika era demo & Ep. Jorn cuba untuk menlakarkan satu jenis muzik baru...masih dalam mood Non teknikal metal namun dengan lebih clean dan kurang agresif. 
Di rakam dengan Jorn(vox/gitar)yuh(gitar)xul(bass)& zyk(drum). Ajax tidak dapat bersama di atas beberapa faktor.Demo ini di edarkan pada awal tahun 1996,di bawah label d.i.y Small Budget prods. Selang seminggu demo ini di riliskan Catarrh telah di undang bermain dalam sebuah gig di Johor ,lantas Jorn kembali menjemput Ajax untuk bermain drum dan rakan mereka Batara guru(Langsuir)untuk posisi bass yang waktu itu kebetulan turut belajar di UTM  Johor. 

Setelah selesai gig ini, Jorn & Ajax sepakat untuk berundur...Jorn kemudianya menubuhkan band baru bersama anggota2 Bazzah  bernama Torch dengan jalur muzik heavy thrash metal. Manakala Ajax pula menubuhkan band bernama Skin Basher berpaksikan muzik yang lebih ringan iaitu punk rawk dan merakamkan album pertama berjudul "skinbasher " di bawah label Nebiula prods pada tahun pada tahun 1998.Namun perjuangan Ajax bersama Skinbasher tidak begitu menjadi,album pertama kurang mendapat sambutan. 
Tahun 2000,Ajax kembali bersama Apai dan menhidupkan kembali band Skinbasher dengan nama yang lebih singkat Skin dengan muzik santai punk rock melayu dan mengeluarkan album "Mama beta"(2000).Sempat di kenali di persada muzik mainstream dengan lagu2 rakyat yang di punk rock kan. 

Hampir 8 tahun berkubur, Ajax & Apai kembali menghidupkan Catarrh bersama rakan2 baru pada tahun 2004,dan meriliskan demo berjudul "Reborn"(2004) dengan 4 lagu baru yang masih dalam acuan metal yang lebih bermelodi. Di rakam dengan line up Panjang ex Infectious maggots (vox) Apai(bass) Adi adik kepada Ajax (gitar) Rizal Vulga(vox) & Ajax(drum).
Panjang & Rizal Vulga hanya menbantu di posisi vox. Tahun 2005, Catarrh mula bermain dalam beberapa gig di Kuala Lumpur dengan line up Ajax(drum)Adi(gitar) & Rafiz ex Ephemeral menbantu di posisi vox/bass. Apai tidak lagi bersama dan beliau menanggotai band Farasu. 
2009, Catarrh kembali di hidupkan dengan barisan anggota baru Din(vox) Daman(bass) Adi yang dahulunya bermain Gitar bertukar ke posisi Drum dan Ajax pula bertukar posisi kepada vox/gitar. Barisan line up yang lebih junior....lantas sebagai pengenalan mengeluarkan ep berjudul " Hati Syaithan" dengan 9 lagu, hanya 2 buah lagu baru dan selebihnya lagu2 lama dari Ep 1994/1995. Dua buah lagu baru ini di lihat agak berlainan dengan lagu2 lama mereka, Catarrh  edisi baru lebih berbaur muzik punk di gabung dengan muzik metal. Peminat2 lama band ini tidak dapat menerima perubahan muzik baru ini, namun Ajax terpaksa akur... tanpa bekas2 anggota asal Jorn & Apai, Catarrh tidak lagi dapat menghasilkan acuan muzik seperti di era 90 an. 
Hampir 9 tahun tanpa material dan hanya bermain gig, 2018.....Catarrh kembali dgn album pertama "Mutants strain" di bawah label Ug Kuala Lumpur Goatlorldth records dlm format CD. Menampilkan 9 buah lagu di mana 3 lagu baru dan selebihnya lagu Lama yg di beri nafas baru dgn lebih baik. Catarrh akhirnya kembali ke landasan Thrash Death metal nya, bersama logo baru....Membariskan Ajax(gitar)adi(drum)Apai(bass)Dinx(vox)Ariz(gitar).Inilah line up baru Catarrh......


Biografi 

• Destructive creation (demo'92)
• Dark Live collection (Split '93)
• Wine of inamria (ep '94)
• paranoia (demo'95)
• Nightflight (demo'96)
• Hati syaithan (ep '2009)
• Mutants strain (full length 2018)

No comments:

Post a Comment

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...