Sejarah penubuhan band"Cryptic Malediction " bermula dalam tahun 1993,di asaskan di Kuala Lumpur oleh Zul@Philosopher of death dan Lan 'dengan berpaksikan jalur muzik Death metal yang waktu itu di lihat sebagai menongkah arus....ini kerana arena muzik berat tanahair waktu ini di landa wabak muzik black metal yang agak hebat. Line up awal di barisi oleh Rimi(vox)Lan(gitar)philosopherof(gitar)Tamlikha(drum)&Toejoe(bass).Bermula dengan lagu cover dari band2 Death metal barat & tempatan sehinggalah mereka mula belajar mengarang lagu2 sendiri. Nama awal band ini adalah Crypt Malediction. Line up awal ini tidak kekal lama kerana perbezaan arah tuju muzik,tinggalah philosopher & tamblikha 'sahaja dalam band ini. Bagi meneruskan perjuangan mereka mula mencari anggota baru. Seminggu sebelum merekodkan demo, Syah masuk sebagai gitaris, Ar Long bass dan Cinot -drum ,manakala Tamlikha yang sebelum ini bermain drum bertukar posisi kepada vokalis utama. Dengan line up ini lahirnya demo sulung berjudul " Cognitive Dissonance " yang di edarkan dalam bulan Mac 1995 dengan acuan teknikal Death metal.
Demo 1995
Selepas meriliskan demo ini mereka telah menggunakan nama Cryptic Malediction secara rasmi. Demo ini hanyalah permulaan band ini untuk mereka di kenali dalam scene Ug,ianya tidak begitu di rasai kerana waktu ini peminat2 Ug ekstrim tanahair begitu menyanyungi band2 beraliran muzik black metal. Dalam bulan Okt '96,Cinot di panggil bermain seasonist drum untuk band black metal hebat 'Aradia 'di setiap show@gigs.Cinot juga ada mengarang fanzine bernama "Absurd Existence".Tidak lama selepas itu Cinot membuat keputusan mengundurkan diri dan menjadi anggota tetap 'Aradia '.Kehilangan Cinot tidak melemahkan semangat mereka, apabila Gie masuk mengantikan posisi drum dan band ini mula berpeluang bermain gigs di Kuala Lumpur dan Seremban.
Bagi menbuktikan kemampuan band ini, Philosopher 'mula mencari satu identiti untuk band ini, dan Okt '97,mereka mula merekodkan album Ep di Tri Castle studio Kuala Lumpur milik king Shah. Ajax Deathchrane seterusnya menbantu band ini meriliskan Ep sulung berjudul " Insanity to Berserk " di bawah label Ultra Hingax prods. Mengandungi 5 buah karya dengan acuan teknikal brutal death metal berkonsepkan amukan sang jebat! Ep ini melambangkan semangat, kekuatan pahlawan melayu nusantara. Kulit Ep ini turut mengambarkan hang jebat sedang mengamuk di zaman kesultanan melayu Melaka.
Atas kepercayaan...label Nebiula production (jaie)telah menawarkan mereka untuk projek Album sulung.Lantas mereka mula mengarang lagu2 baru dan memulakan sesi rakaman sekitar awal 2001.Proses terpaksa di jalankan berperingkat kerana anggota2 band mula sibuk dengan aktiviti harian. Philosopher pula melanjutkan pengajian di sebuah universiti UIA di Ibu kota dan mendalami ilmu tentang permainan alatan tradisional seperti Gemelan, seruling, gong...etc.
Dan bersama beberapa orang rakan yang turut meminati muzik tradisional asli Melayu,Philosopher@Zul telah menubuhkan band tradisional bernama "Dewangga Sakti " yang mula mendapat tempat di majlis karyawan, sasterawan di university. Aktiviti live untuk "Cryptic Malediction" terpaksa di rehatkan...namun proses album sulung tetap di teruskan.
Hampir 4 tahun menanti akhirnya album sulung berjudul "Embedded in Blood...feudal Delirium "di pasarkan pada tahun 2004 oleh Nebiula prods. Menampilkan 8 buah karya terbaru mereka yang masih mengekalkan tema semangat pahlawan melayu lama di satukan dengan stail muzik Death metal yang pelbagai. Album ini juga agak unik kerana di gabungkan dengan alatan muzik tradisional seperti Gong, gambus, gamelan, seruling...sesuatu pembahruan dalam muzik berat tanahair. Cryptic Malediction adalah band ekstrim tempatan pertama yang tampil dengan konsep sebegini... Gabungan muzik Death metal bersama alatan tradisional.
Di rakam dengan line up Tamlikha (vox) Philosopher(gitar/gamelan/gambus/keyboard) Arlong (bass) & Gie (drum) dan turut mengundang pemuzik dari Dewangga Sakti untuk gong/rebana/gendang. Penglibatan philosopher & Arlong bersama Dewangga Sakti'telah menpegaruhi penciptaan lagu2 di dalam album ini. Di rakamkan di Nebiula home studio dengan Jadam sebagai producer. Anggota2 Cryptic juga telah menbuat keputusan untuk tidak bermain gig di atas faktor kesibukan mereka. Zul@philosopher pula mula sibuk dengan aktiviti band "Dewangga Sakti" yang di undang menbuat persembahan di bawah Persatuan kesenian & kebudayaan. Atas kesibukan anggota2 nya Cryptic Malediction akhirnya di bubarkan.... Philosopher@Zul seterusnya bersama Dewangga Sakti menperjuangkan muzik tradisional melayu dan tahun 2008 meriliskan Ep berjudul "Mabok Kepayang" dengan 5 buah lagu melayu asli.
2018, Nebiula production telah meriliskan kembali album sulung Cryptic Malediction-Embedded in Blood...feudal Delirium " dalam formal digi pack CD dengan cover asal bagi mengenang kembali era kegemilangan band ini di zaman awal mellinium dahulu. Cryptic Malediction adalah antara band Death metal unik dari Kuala Lumpur yang tampil dengan stail campuran muzik tradisional bersama lirik2 cerita melayu lama.
No comments:
Post a Comment