Label Sonic Asylum Records dengan rasmi nya di tubuh dan di daftarkan dalam tahun 1991 oleh Joe kidd & Rosman.Dua orang kuat dalam scene underground tanahair.. Joe kidd merupakan editor untuk Aedes fanzine & Aedes management dan juga merupakan gitaris/vocalis band Carburetor Dung. Manakala Rosman@abg man merupakan individu yang banyak menbantu band2 Underground awal dalam rilisan demo. Edy hamid komposer yang cukup di kenali di arena muzik mainstream arus perdana turut di lantik menjadi PR di Sonic Asylum records. Rilisan pertama keluaran Sonic Asylum records adalah dari band Slow rock TERRA ROSS
Mendapat sentuhan Edi Hamid yang di pasarkan pada tahun 1991...album ini meletup dengan lagu slow rock 'bunga angkasa'. Tahun 1992,Sonic Asylum mula bergerak dengan menbantu band2 ug tempatan meriliskan album.Rilisan pertama adalah band dari Terengganu MODAR - Inferior Symphony ' dengan konsep yang cukup unik dan lain dari band Underground tempatan waktu itu iaitu Doom metal!
Anggota2 band ini adalah rakan kepada Joe kidd yang juga rakan sekampung.Nama MODAR juga datang nya dari idea joe kidd. Sonic Asylum records seterusnya meriliskan pula album pertama band THE PILGRIMS - 'perfume garden ' sebuah lagi rilisan unik dan lain dari yang lain.Tampil dengan konsep punk hardcore! di waktu scene muzik underground tempatan di ledakan dengan muzik ekstrim metal .Album ini turut mencetuskan fenomena dalam scene tanahair...Album terawal dan pertama berkonsepkan muzik punk di riliskan di Malaysia.
Dalam tahun '92,Sonic Asylum records terus aktif dengan meriliskan album INFECTIOUS MAGGOTS - Deep within our grief...factory milk runs red....berkonsepkan industrial Grindcore! Satu lagi rilisan unik dan berbeza dari label2 lain...Album ini juga di rujuk dan di label kan sebagai album industrial grindcore pertama tanahair.
Tahun 1993,...tiada material dari Sonic Asylum yang di riliskan.Di tahun ini juga label ini mengalami masalah kewangan yang menbuatkan aktiviti label terpaksa di rehatkan. 1994....Sonic Asylum records muncul dengan rilisan dari projek INFECTIOUS MAGGOTS - Cookie jar" yang menampilkan konsep cukup unik eksperimental sampler elektronik.Album ini hanya menampilkan Fathul seorang sahaja dengan menggunakan nama MAGGOTS. Namun album ini agak sukar di jumpai di pasaran kerana ianya di keluarkan dalam kuantiti yang terhad. Rilisan terakhir Sonic Asylum records adalah dari band TERRA ROSSA yang muncul kembali dengan album ke 2.Namun album ini agak kurang mendapat sambutan... Selepas album ini Sonic Asylum records tidak lagi meriliskan album kerana beberapa masalah...kewangan. Joe kidd menbuat keputusan untuk berundur dari mengendalikan label ini...
Joe kidd seterus nya menubuhkan sebuah label baru bernama ' Alternative Garage entertainment ' dan meriliskan Album ke 2 THE PILGRIMS -Away from the number '(1994).
ASYLUM RECORDS
Sonic asylum records pula seterusnya di kendali kan oleh 'Hisyam & Lan Bear ' manakala Rosman(big boss) masih lagi bersama. Nama label turut di tukar kepada Asylum records dan label ini mula meriliskan material pertama album kompilasi berjudul " Circle Of Friends " yang menbariskan band2 alternative tempatan seperti Subculture, A.R.T, Flop poppy,Spiral Kinetic Circus.....etc. Kompilasi alternative pertama tanahair.. yang mendapat sambutan hebat dan bermula lah era muzik alternative di Malaysia. Asylum record seterus nya mencari lagi band2 alternative baru untuk di ketengahkan. Rilisan ke 2 pula menyusul dari band 'Swirling Madness' yang turut mendapat sambutan.Label ini turut memasarkan produk2 dari band overseas yang berkonsepkan alternative/grunge/hardcore..
Produk dari band tempatan...menyusul, CATARRH -"wine of inamria" berkonsepkan Non teknikal Death thrash metal. Split album MODAR & FTG -Reicarnation thrash & Doom".Produk2 keluaran Asylum records hanya di cetak dalam kuantiti yang terhad. 1994,sebuah lagi produk terhad di riliskan dari Social Infection dalam bentuk demo berkonsepkan grindcore!
Asylum record cuba untuk meriliskan produk2 underground tempatan yang berlainan genre.
Biarpun Sonic Asylum records era Joe kidd sudah tiada lagi ,label ini juga turut tercatat dalam lipatan sejarah scene muzik bawah tanah tempatan kerana meriliskan produk2 band Underground yang unik dan berlainan konsep....karya dari MODAR & I. mAGGOTS kini sangat sukar untuk di temui dan menjadi buruan para collector item. Joe kidd juga pernah berhasrat untuk meriliskan album BLACKFIRE di era tahun 90an namun tidak menjadi kenyataan.Jasa Joe kidd & label ini terhadap rakan2 band Underground sangat besar....Baik Sonic Asylum records mahupun Asylum record kini kedua dua label ini sudah tiara lagi.....hanya meninggalkan sejarah dan memori.
No comments:
Post a Comment