Dark Journey Records adalah label underground terawal di Malaysia selepas Vsp(1989).Di tubuh sewaktu muzik berat ekstrim metal mula merebak di Malaysia. Di daftarkan dlm tahun 1991 oleh anak Muda berbangsa cina Tommy Kim,Lim & Nick Sia di kompleks pertama k.lumpur.Sebelum tertubuhnya label ini,Tommy & Lim telah menbuka sebuah kedai muzik bernama "Victoria Music "di pertama kompleks yang menjual lp piring hitam, kaset2 album ekstrim luar negara, t shirt metal, fanzine dan stuff2 Ug dunia. Victoria telah wujud sekitar awal 1990 lagi yang cukup di kenali oleh mat2 metal serata negeri yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Juga menjadi antara pot utama mereka berkumpul...
Dark journey....Memulakan aktiviti mereka dengan mengeluarkan album pertama band SILENT DEATH - Before the sunrise dlm tahun 1992 dalam format kaset.
Band Death metal tempatan ke 2 merakamkan album selepas SUFFERCATION. Album ini melakar kejayaan besar buat SILENT DEATH dan Dark Journey...mencatat angka jualan yg agak tinggi. Dark journey turut menjalankan road tour gigs buat SILENT DEATH yg bermula di k.lumpur...seremban,Ipoh dan selangor.Dalam waktu yg sama Dark journey mengambil BRAIN DEAD menjadi artis mereka.Sebagai pengenalan BRAIN DEAD turut di beri ruang beraksi di dlm road tour Dark Journey dan penghujung'92 Dark Journey mula memasarkan album sulung BRAIN DEAD -from the esctacy" yg mana turut melakar kejayaan besar. Silent Death & Brain Dead mula mengganas dgn siri road tour gigs di serata tanahair.
Dlm sebuah siri gigs di Ipoh Perak Dark Journey telah merekodkan rakaman siri gigs ini dan di keluarkan dlm bentuk VHS @Videotape sekitar tahun 1993.Rakaman ini turut di sertakan dgn sesi interview dgn Oz yusuf sebagai sound ingineer/mic.
1993....
Dark Journey terus aktif dgn memasarkan album kompilasi ekstrim metal pertama tanahair...DARK LIVE COLLECTION yg menbariskan band2 Ug tempatan yg baru mula bertapak seperti SILENT DEATH, NEBIRAS, BRAIN DEAD, CATARRH, TORMENTOR & NEMESIS. Kompilasi ini mendapat sambutan yg cukup hebat.
Sebuah lagi rilisan klasik dari Dark Journey.. Ep sulung NEBIRAS 'as the sky turn black'yg menampilkan konsep ekstrim Black metal. Inilah album ekstrim Black Metal pertama Malaysia.
Dalam waktu yg sama Dark Journey mula merancang untuk mengeluarkan album band TORMENTOR & NEMESIS dan turut menbuat perbincangan untuk mengeluarkan album band RATOR yg waktu ini baru sahaja melakukan come back re union. Namun ketika dlm perbincangan RATOR kembali berpecah,begitu juga dgn nasib yg sama menimpa band TORMENTOR & NEMESIS yg turut berpecah...satu satunya rakaman rasmi dari dua band ini hanya di dlm kompilasi DARK LiVE. Penutup tahun '93,sebuah lagi kompilasi hebat ekstrim metal dari Dark Journey di keluarkan..."Intrusion of Dark Journey " yg menbariskan band2 metal baru dan lama seperti Demisor, Incubated worm, Bazzah, Aradia, Kitanai chi, Misanthrope, &Nebiras.
Dalam masa yang sama, beberapa artis di bawah label ini mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap label ini berkaitan pembayaran royalti. Ahli2 Nebiras mula berseteru dengan ahli2 Silent Death sehingga menbawa kepada kutukan dan luahan rasa tidak puas hati di dalam fanzine2 tempatan. Silent Death di katakan mendapat bayaran royalti lebih berbanding artis Dark journey yang lain. Sedangkan pembayaran adalah sama rata, biarpun album Silent Death mencatat jualan paling tinggi bagi label ini.
Awal tahun 1994, aktiviti Dark Journey sedikit perlahan di mana BRAIN DEAD & Nebiras bertindak keluar dari label ini kerana ingin mencari label baru.Manakala SILENT DEATH pula berpecah biarpun merancang untuk merakamkan album ke 2 bersama label ini. Dark Journey seterus nya mengeluarkan split album SILENT DEATH & BRAIN DEAD -Death & Dead' yg di ambil dari lagu2 album pertama. Split ini di keluarkan tanpa pengetahuan anggota band...yang terlibat. Awal tahun 1994,Dark journey mengeluarkan Sebuah lagi rilisan Ep dari NEBIRAS - Out Blood for Glory' dalam format kaset yang mengandungi lagu dari Ep(1993) & kompilasi Dark live(1993) yang di keluarkan tanpa kebenaran band. Dark Journey turut menbuat kejutan dengan mengeluarkan Album kompilasi "Alternative Connection" yang menampilkan band2 alternative baru yang belum mengeluarkan material.
Percubaan Dark Journey untuk menarik peminat2 ug baru....Tahun 1995,tiada lagi rilisan dari Dark Journey...kerana faktor kewangan. Label ini hanya memasarkan album2 dari band antarabangsa seperti Varathrone, Dusk, Rotting Christ, Nergal....etc. Dan pertengahan '95 Dark Journey akhir menutup operasi label ini kerana faktor masalah kewangan...
Biarpun Dark Journey sebuah label yang di lihat lebih mengamalkan keuntungan, namun jasa label ini agak besar di dalam arena muzik berat Malaysia..mengeluarkan album2,t shirt, dan penganjuran gigs ekstrim metal tempatan berstatus klasik n rare! Produk2 peninggalan label2 ini kini menjadi karya2 klasik & masterpiece!
•Tommy hell angel
•Lim
•Nick sia
Stuff Dark journey Record
• Silent Death - Before the sunrise(1992)
• Brain Dead - From the estacy(1992)
• Nebiras - As the sky turn black(1993)
• Compilation Dark Live Collection(1993)
• Compilation Intrusion of the Dark journey(1993)
• Split Silent Death/Brain Dead -Death & Dead(1994)
• Nebiras - Out Blood for Glory(1994)
• Compilation Alternative Connection(1994)
(Dark Journey Record dalam kenangan 1992 - 1995)
No comments:
Post a Comment