Rasmi nya di tubuhkan dlm penghujung tahun 1988..Di asaskan oleh Shidi bekas guitarist band PUNISHER. Setelah Di singkirkan dari band tersebut..Shidi mula mencari rakan2 baru utk menbentuk band baru. Shidi mengajak Nen dan Din classic lantas lahirnya band bernama ' DIMENSI '.Nen & Shidi ' juga pernah menjadi seasonist untuk band Rock ' BELANTARA ' dan sempat menbuat rakaman untuk Muzik Muzik '88.
Nen ' juga merupakan kartunis sambilan utk majalah Geli Geli '(street hawk) yg cukup Di kenali ramai dan menjadi drummer utk band rock ' WETSPEED '.
Namun tidak lama itu, Din classic keluar dan tempat nya di gantikan oleh ' Izani @ Araya ' yg waktu itu bermain dgn MERCILESS DEATH '... Hayat MERCILESS DEATH tidak lama..berpecah hujung tahun '88.
Dgn kemasukan Araya nama band Di tukarkan kpd ' DESTRUCT ' ..dgn stail Muzik hardcore thrash! Tanggal 16 Jan 1989 nama band ini sekali lagi di tukarkan....kpd ' PICAGARI ' ilham dari Araya yg mahukan satu identiti... PICAGARI mula berlatih dgn gigih...dgn berpaksi Kan jalur muzik Old school thrash metal dr Slayer,Kreator,Destru Destr,...dan Sodom pengaruh utama.
Persembahan sulung PICAGARI adalah pada 2 April 1989 Di pesta Thrash Galactica , Kompleks Kota Raya k.l, Gigs ini mencatat sejarah dgn begitu ramai peminat2 thrash..turut beraksi ASSAULT, HijRAH, BRAIN DEAD, NEMESIS,PUNISHER,RATOR,NECROFIST,
SILENT DEATH,...etc.
Gigs ini telah berlangsung hingga ke pagi.
Nama PICAGARI antara yg paling di sebut dan di ingati..tampil dgn trio bersama persembahan yg cukup mantap dan mengagumkan ! Melalui gigs ini nama PICAGARI mula menjadi sebutan peminat2 thrash metal serata tanahair..
Jun 1989, PICAGARI sekali lagi bermain Di dlm gigs Galactica Final Count Down k.l Turut berpeluang bermain di funfair2 di K.l. Sebuah lagi gig bersejarah adalah anjuran AedeS Noise Management (Joe Kidd) Di Paradise Club k.l.
Dalam waktu yg sama..trio ini mula mengarang lagu2 sendiri.Lagu terawal adalah ' Operation Piggy Bank '... berkonsepkan thrash ! Hasrat mereka adalah untuk merekodkan demo.
Dlm waktu ini...cerita tentang PICAGARI telah tersiar di dlm Fanzine AedeS isu 3, Vortex From the East....
Awal tahun 1990, dlm sibuk mengatur perancangan, Nen telah mengundurkan diri...1991 Nen kembali bersama WETSPEED namun berpecah dlm tahun 1992. Gigs terakhir PICAGARI adalah Di Paradise Club ' Mega Mosh pd 15/12/1990...Araya(vox/bass) Shidi(gitar)& Ollie ex ZAF ( drums ). Beraksi bersama SIL KHANNAZ,ABC DEAD, & BRUTALATOR ex WAIT DEATH .Selepas gigs ini Shidi terpaksa berhijrah ke P.Pinang atas urusan kerja.Tinggalah Araya seorang.... Ollie kemudian bersama SILENT DEATH. PICAGARI akhirnya di kuburkan...
Tiada lagi the best local power trio!!!
Setelah begitu lama nama PICAGARI di lupakan...Mei 2010 band ini kembali di hidupkan untuk gigs K.l Metal Camp 3. Idea asal penubuhan semula PICAGARI adalah dari Aru Koffin kanser, namun utk gigs ini Aru tidak dapat bersama... PICAGARI kembali mengganas dgn line up Araya (vox/gitar) Hashim SIL KHANNAZ (bass) & Nen (drums). Gigs ini turut menbariskan METALASIA, JASAD , PUNISHER....etc.
Gigs ke 2 pula di Penang...menampilkan Aru bermain bass. Selepas gigs ini..... PICAGARI kembali menghilang krn Araya tiada perancangan untuk merekodkan demo @ Album. Nen pula menanggotai band punk rock lama dari Terengganu FADEDFACE.
Namun PICAGARI tidak Akan kembali lagi..krn Araya tiada lagi,beliau telah kembali ke rahmahtullah pada tahun 2017.
PICAGARI ....Sodomic Malaysian!(R.i.p 1988 - 2010)
No comments:
Post a Comment