FADEDFACE-perintis punx rawk Terengganu
Terengganu...adalah negeri terawal yg
melahirkan banyak Band punk/hardcore seperti MALLARIA , STONED CROWN,P.R.O.V,DPSA,ROTTEN....Dan banyak lagi nama yg muncul untuk.Sebuah lagi band yg muncul untuk seketika FADEDFACE..di tubuhkan pd tahun 1992 oleh Made chong(voc/gitar) Aya (bass) &Faizal (drum). Madi chong adalah merupakan editor fanzine yg cukup di kenali di persada muzik Metal tanahair... Memulakan Zulmat fanzine sekitar awal tahun 1990..antara fanzine terawal di Terengganu berkonsepkan ekstrim Metal.
FADEDFACE merakamkan demo pertama pd tahun 1993 berjudul "fadedface " berkonsepkan melodic punk dgn 10 buah lagu.. antaranya 'change in my life ',footballer', twinkle little star ',talk say and do..
Demo ini mendapat reaksi positif dr pengikut2 punk.FADEDFACE sempat bermain di beberapa buah gig di terengganu... Band ini berpecah dlm tahun 1994 apabila Madi chong berhijrah ke Kuching Sarawak atas urusan kerja.
Zulmat zine turut Sama Berkubur..
Di Sarawak Madi bermain untuk Band Mr. Wilson Garden.. Dan 1995 Madi menanggotai band indie terawal Malaysia Nice Stupid Playground,sempat merakamkan 2 buah lagu utk kompilasi di bawah Pony Canyon.. pada 1995,selepas itu Madi terus berundur dr dunia Muzik.
FADEDFACE RE UNION
Setelah 15 tahun berkubur... Madi Chong tekad menghidupkan kembali ' FADEDFACE ' setelah kembali ke semenanjung. Dgn bantuan joe Kidd.. Madi berjaya mengumpul anggota baru.FADEDFACE 2010...Madi chong (voc/gitar),shahlan(bass)&Nen(drum).Barisan line up yg agak menarik krn Shahlan merupakan bekas anggota band Carburetor dung, Mallaria, Stoned Crows,Unormal Human & Basic Right...dan Nen pula merupakan bekas anggota BeLantara,Wetspeed & Picagari.
Perancangan seterusnya..adalah utk kembali memeriahkan scene muzik Ug tanahair..masih setia dgn melodik punk Rock!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Vortex from the east zine # 11 (1994)
Vortex from the east # 11 1994 Editor : Ajizz Bahasa : Malay/english Interview : Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...

-
VALENTINE SOUND PRODUCTIONS Sejarah Awal Joe Siva Joe Siva, pelopor dalam senario muzik bebas Malaysia, pengeluar rekod dan deejay,...
-
Slum scum rasminya di tubuhkan pada penghujung tahun 1991,di Ibukota Kuala Lumpur. Di asas kan oleh anak muda bernama Zulkhairi@Eri Alt...
-
" Spiral kinetic circus' di tubuhkan dlm tahun 1992 oleh Fathul@Fatullah luqman Yusuff.' Sebagai remaja yg aktif menulis la...
No comments:
Post a Comment