Sonic Asylum Records

       SONIC ASYLUM RECORDS

Label Sonic Asylum Records dengan rasmi nya di tubuh dan di daftarkan dalam tahun 1991 oleh Joe kidd & Rosman.Dua orang kuat dalam scene underground tanahair.. Joe kidd merupakan editor untuk Aedes fanzine & Aedes management dan juga merupakan gitaris/vocalis band Carburetor Dung. Manakala Rosman@abg man merupakan individu yang banyak menbantu band2 Underground awal dalam rilisan demo. Edy hamid komposer yang cukup di kenali di arena muzik mainstream arus perdana turut di lantik menjadi PR di Sonic Asylum records. Rilisan pertama keluaran Sonic Asylum records adalah dari band Slow rock TERRA ROSS 
Mendapat sentuhan Edi Hamid yang di pasarkan pada tahun 1991...album ini meletup dengan lagu slow rock 'bunga angkasa'. Tahun 1992,Sonic Asylum mula bergerak dengan menbantu band2 ug tempatan meriliskan album.Rilisan pertama adalah band dari Terengganu MODAR - Inferior Symphony ' dengan konsep yang cukup unik dan lain dari band Underground tempatan waktu itu iaitu Doom metal! 
Anggota2 band ini adalah rakan kepada Joe kidd yang juga rakan sekampung.Nama MODAR juga datang nya dari idea joe kidd. Sonic Asylum records seterusnya meriliskan pula album pertama band THE PILGRIMS - 'perfume garden ' sebuah lagi rilisan unik dan lain dari yang lain.Tampil dengan konsep punk hardcore! di waktu scene muzik underground tempatan di ledakan dengan muzik ekstrim metal .Album ini turut mencetuskan fenomena dalam scene tanahair...Album terawal dan pertama berkonsepkan muzik punk di riliskan di Malaysia. 

Dalam tahun '92,Sonic Asylum records terus aktif dengan meriliskan album INFECTIOUS MAGGOTS - Deep within our grief...factory milk runs red....berkonsepkan industrial Grindcore! Satu lagi rilisan unik dan berbeza dari label2 lain...Album ini juga di rujuk dan di label kan sebagai album industrial grindcore pertama tanahair.
Tahun 1993,...tiada material dari Sonic Asylum yang di riliskan.Di tahun ini juga label ini mengalami masalah kewangan yang menbuatkan aktiviti label terpaksa di rehatkan. 1994....Sonic Asylum records muncul dengan rilisan  dari projek INFECTIOUS MAGGOTS - Cookie jar" yang menampilkan konsep cukup unik eksperimental sampler elektronik.Album ini hanya menampilkan Fathul seorang sahaja dengan menggunakan nama MAGGOTS. Namun album ini agak sukar di jumpai di pasaran kerana ianya di keluarkan dalam kuantiti yang terhad. Rilisan terakhir Sonic Asylum records adalah dari band TERRA ROSSA yang muncul kembali dengan album ke 2.Namun album ini agak kurang mendapat sambutan...  Selepas album ini Sonic Asylum records tidak lagi meriliskan album kerana beberapa masalah...kewangan. Joe kidd menbuat keputusan untuk berundur dari mengendalikan label ini...
Joe kidd seterus nya menubuhkan sebuah label baru bernama ' Alternative Garage entertainment ' dan meriliskan Album ke 2 THE PILGRIMS -Away from the number '(1994).
ASYLUM RECORDS

Sonic asylum records pula seterusnya di kendali kan oleh 'Hisyam & Lan Bear ' manakala Rosman(big boss) masih lagi bersama. Nama label turut di tukar kepada Asylum records dan label ini mula meriliskan material pertama album kompilasi berjudul " Circle Of Friends  " yang menbariskan band2 alternative tempatan seperti Subculture, A.R.T, Flop poppy,Spiral Kinetic Circus.....etc. Kompilasi alternative pertama tanahair.. yang mendapat sambutan hebat dan bermula lah era muzik alternative di Malaysia. Asylum record seterus nya mencari lagi band2 alternative baru untuk di ketengahkan. Rilisan ke 2 pula menyusul dari band 'Swirling Madness' yang turut mendapat sambutan.Label ini turut memasarkan produk2 dari band overseas yang berkonsepkan alternative/grunge/hardcore..
Produk dari band tempatan...menyusul, CATARRH -"wine of inamria" berkonsepkan Non teknikal Death thrash metal. Split album MODAR & FTG -Reicarnation thrash & Doom".Produk2 keluaran Asylum records hanya di cetak dalam kuantiti yang terhad. 1994,sebuah lagi produk terhad di riliskan dari Social Infection dalam bentuk  demo berkonsepkan grindcore!
Asylum record cuba untuk meriliskan produk2 underground tempatan yang berlainan genre.

Biarpun Sonic Asylum records era Joe kidd  sudah tiada lagi ,label ini juga turut tercatat dalam lipatan sejarah scene muzik bawah tanah tempatan kerana meriliskan produk2 band Underground yang unik dan berlainan konsep....karya dari MODAR & I. mAGGOTS  kini sangat sukar untuk di temui dan menjadi buruan para collector item. Joe kidd juga pernah berhasrat untuk meriliskan album BLACKFIRE di era tahun 90an namun tidak menjadi kenyataan.Jasa Joe kidd & label ini terhadap rakan2 band Underground sangat besar....Baik Sonic Asylum records mahupun Asylum record kini kedua dua label ini sudah tiara lagi.....hanya meninggalkan sejarah dan memori.

Dark Journey Records(1992 - 1995)


Dark Journey Records adalah label underground terawal di Malaysia selepas Vsp(1989).Di tubuh sewaktu muzik berat ekstrim metal mula merebak di Malaysia. Di daftarkan dlm tahun 1991 oleh anak Muda berbangsa cina Tommy Kim,Lim & Nick Sia di kompleks pertama k.lumpur.Sebelum tertubuhnya label ini,Tommy & Lim telah menbuka sebuah kedai muzik bernama "Victoria Music "di pertama kompleks yang menjual lp piring hitam, kaset2 album ekstrim luar negara, t shirt metal, fanzine dan stuff2 Ug dunia. Victoria telah wujud sekitar awal 1990 lagi yang cukup di kenali oleh mat2 metal serata negeri yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Juga menjadi antara pot utama mereka berkumpul...
Dark journey....Memulakan aktiviti mereka dengan mengeluarkan album pertama band SILENT DEATH - Before the sunrise dlm tahun 1992 dalam format kaset. 
Band Death metal tempatan ke 2 merakamkan album selepas SUFFERCATION. Album ini melakar kejayaan besar buat SILENT DEATH dan Dark Journey...mencatat angka jualan yg agak tinggi. Dark journey turut menjalankan road tour gigs buat SILENT DEATH  yg bermula di k.lumpur...seremban,Ipoh dan selangor.Dalam waktu yg sama Dark journey mengambil BRAIN DEAD menjadi artis mereka.Sebagai pengenalan BRAIN DEAD turut di beri ruang beraksi di dlm road tour Dark Journey dan penghujung'92 Dark Journey mula memasarkan album sulung BRAIN DEAD -from the esctacy" yg mana turut melakar kejayaan besar. Silent Death & Brain Dead mula mengganas dgn siri road tour gigs di serata tanahair. 
Dlm sebuah siri gigs di Ipoh Perak Dark Journey telah merekodkan rakaman siri gigs ini dan di keluarkan dlm bentuk VHS @Videotape sekitar  tahun 1993.Rakaman ini turut di sertakan dgn sesi interview dgn Oz yusuf sebagai sound ingineer/mic.
1993....

Dark Journey terus aktif dgn memasarkan album kompilasi ekstrim metal pertama tanahair...DARK LIVE COLLECTION yg menbariskan band2 Ug tempatan yg baru mula bertapak seperti SILENT DEATH, NEBIRAS, BRAIN DEAD, CATARRH, TORMENTOR & NEMESIS. Kompilasi ini mendapat sambutan yg cukup hebat.

Sebuah lagi rilisan klasik dari Dark Journey.. Ep sulung NEBIRAS 'as the sky turn black'yg menampilkan konsep ekstrim Black metal. Inilah album ekstrim Black Metal pertama Malaysia.
Dalam waktu yg sama Dark Journey mula merancang untuk mengeluarkan album band TORMENTOR & NEMESIS dan turut menbuat perbincangan untuk mengeluarkan album band RATOR yg waktu ini baru sahaja melakukan come back re union. Namun ketika dlm perbincangan RATOR kembali berpecah,begitu juga dgn nasib yg sama menimpa band TORMENTOR & NEMESIS yg turut berpecah...satu satunya rakaman rasmi dari dua band ini hanya di dlm kompilasi DARK LiVE. Penutup tahun '93,sebuah lagi kompilasi hebat ekstrim metal dari Dark Journey di keluarkan..."Intrusion of Dark Journey " yg menbariskan band2 metal baru dan lama seperti Demisor, Incubated worm, Bazzah, Aradia, Kitanai chi, Misanthrope, &Nebiras. 
Dalam masa yang sama, beberapa artis di bawah label ini mula meluahkan rasa tidak puas hati  terhadap label ini berkaitan pembayaran royalti. Ahli2 Nebiras mula berseteru dengan ahli2 Silent Death sehingga menbawa kepada kutukan  dan luahan rasa tidak puas hati di dalam fanzine2 tempatan. Silent Death di katakan mendapat bayaran royalti lebih berbanding artis Dark journey yang lain. Sedangkan pembayaran adalah sama rata, biarpun album Silent Death mencatat jualan paling tinggi bagi label ini.
Awal tahun 1994, aktiviti Dark Journey sedikit perlahan di mana BRAIN DEAD  & Nebiras  bertindak keluar dari label ini kerana ingin mencari label baru.Manakala SILENT DEATH pula berpecah biarpun merancang untuk merakamkan album ke 2 bersama label ini. Dark Journey seterus nya mengeluarkan split album SILENT DEATH & BRAIN DEAD -Death & Dead' yg di ambil dari lagu2 album pertama. Split ini di keluarkan tanpa pengetahuan anggota band...yang terlibat. Awal tahun 1994,Dark journey mengeluarkan Sebuah lagi rilisan Ep dari NEBIRAS - Out Blood for Glory' dalam format kaset yang mengandungi lagu dari Ep(1993) & kompilasi Dark live(1993) yang di keluarkan tanpa kebenaran band. Dark Journey turut menbuat kejutan dengan mengeluarkan Album kompilasi "Alternative Connection" yang menampilkan band2 alternative baru yang belum mengeluarkan material.
Percubaan Dark Journey untuk menarik peminat2 ug baru....Tahun 1995,tiada lagi rilisan dari Dark Journey...kerana faktor kewangan. Label ini hanya memasarkan album2 dari band antarabangsa seperti Varathrone, Dusk, Rotting Christ, Nergal....etc. Dan pertengahan '95 Dark Journey akhir menutup operasi label ini kerana faktor masalah kewangan... 
Biarpun Dark Journey sebuah label yang di lihat lebih mengamalkan keuntungan, namun jasa label ini agak besar di dalam arena muzik berat Malaysia..mengeluarkan album2,t shirt, dan penganjuran gigs ekstrim metal tempatan berstatus klasik n rare! Produk2 peninggalan label2 ini kini menjadi karya2 klasik & masterpiece! 
•Tommy hell angel 
•Lim 
•Nick sia 
Stuff Dark journey Record 

• Silent Death - Before the sunrise(1992)
• Brain Dead - From the estacy(1992)
• Nebiras - As the sky turn black(1993)
• Compilation Dark Live Collection(1993)
• Compilation Intrusion of the Dark journey(1993)
• Split Silent Death/Brain Dead -Death & Dead(1994)
• Nebiras - Out Blood for Glory(1994)
• Compilation Alternative Connection(1994)
(Dark Journey Record dalam kenangan 1992 - 1995)

Valentine Sounds Productions

VALENTINE SOUND PRODUCTIONS

Sejarah Awal Joe Siva

Joe Siva, pelopor dalam senario muzik bebas Malaysia, pengeluar rekod dan deejay, meninggal dunia pada 26 April 2016 selepas pertempuran pendek dengan kanser paru-paru. Dia berusia 61 tahun.

Sepanjang kariernya, Siva bekerja untuk mewujudkan dan mewujudkan landasan yang kukuh untuk hip hop, kelab dan budaya remix tempatan dalam muzik popular tempatan.

Siva, yang terkenal dengan gaya memakai topi besbolnya, memulakan kerjaya deejay di Kuala Lumpur pada tahun 1976.

Pada tahun 1989 Beliau menubuhkan label  Valentine Sound productions , Joe Siva membantu memperluaskan senarai label label hip hop dan tarian dance.  Pada tahun 1990-an, beliau terus mengetengahkan, menandatangani dan mengeluarkan lesen bebas untuk band2 underground awal tempatan, terutamanya rakaman awal oleh Cromok, Slumscums, Sil Khannaz, Carburetor Dung, Xtroverts, Suffercation, Lost Souls ,Subculture,Ftg,Senseless...dan banyak lagi.

Pada masa-masa awalnya, beliau memainkan Mizi disko dan mempamerkan kelab-kelab yang dianjurkan di seluruh negara, sebelum akhirnya mengambil cabaran membuat rekod pada akhir 1980-an. The maverick hiburan kelahiran Seremban masih terkenal dengan karyanya sebagai bos label, pengeluar dan kemudian pengurus artis & laporan (A & R) di label muzik bebas Kuala Lumpur Valentine Sound Productions (VSP).

Pada tahun 1989, Siva memulakan kerjaya pengeluarannya dengan kumpulan deejay / rap berbasis Krash Kozz, salah seorang pelopor dari adegan hip hop tempatan.

Sebagai tokoh utama dalam hip hop tempatan awal, Siva juga memperkenalkan konsep deejay homegrown yang menghasilkan campuran muzik mereka sendiri.

Dua campuran tarian / hip hop tempatan yang dihasilkan - Pam Ia! (1990), dengan Krash Kozz, dan Rap It! (1991), dengan DJ Black Stallion, - menetapkan nada untuk produksi awal "album parti tarian radio" Siva di VSP.


Siva menghasilkan dua lagi pelepasan Krash Kozz - EP yang berpangkalan di tarian diri pada tahun 1992 dan album Jack Baru The Streetbeat (1993).

Menampilkan bakat homegrown dan membantu pelbagai kempen amal juga merupakan sebahagian daripada misi pembuatan muzik Siva. Pada tahun 1991, beliau bertanggungjawab untuk penyusunan Save The World, yang menampilkan 16 wakil tempatan, untuk memberi manfaat kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Di VSP, Siva juga membantu memperluaskan senarai label label. Pada tahun 1990-an, beliau dgn beraninya , menandatangani dan mengeluarkan lesen bebas, terutamanya untuk rakaman awal Album band local tanahair seperti  Cromok, Slumscums, Sil Khannaz, Carburetor Dung, Passion, FTG, Xtroverts, Suffercation and Lost Souls.

"Sebagai label A & R, dia tidak takut menandatangani band yang menentang arus.

Joe tidak mendiskriminasi ketika datang ke genre muzik. Dia mengalu-alukan Sil Khannaz ke VSP dan membantu kami untuk mendapatkan album debut kami kepada penonton yang lebih luas, "kata Jaie Jokkhannaz, frontman Sil Khannaz, yang mengingatkan kembali bagaimana Siva mendapat pasukan pemasaran label di belakang album debut album Conception Of Madness pada tahun 1993.

Pada tahun 1994, Siva memecahbelahkan lagi budaya kelab Malaysia apabila dia memberi peluang kepada pelawat tempatan untuk menyertai Kejohanan DJ DMC World, pertandingan DJ terbesar di dunia. Sebagai pengarah DMC Malaysia, Siva memegang hak francais persaingan dan membina asas yang kukuh untuk budaya turntablism di sini.

Era permulaan

Sewaktu bermula Vsp hanyalah sebuah label yg memasarkan Album2 dari band Metal ekstrim antarabangsa....Berpusat di Kompleks pertama Jln tunku abdul Rahman k. Lumpur.Turut menpuyai pejabat rasmi di Singapura iaitu di Paradiz Centre di jln Selegie. Vsp adalah pengedar Album Metal Rock terawal dan pertama di Malaysia & Singapura.
Keluaran awal sekitar tahun 1989 Kreator-Endless pain & Extreme aggression.  Helloween-walls of Jericho,  Sabbat - history of a time to come, Backwater - revelation, Sepultura - morbid visions & Schizophrenia, Coroner - punishment for decadence, Bulldozer -IX, AMQA -mutants cat from hell.....etc. Kaset2 keluaran Vsp agak menarik kerana lengkap dgn lirik n foto band. Turut di sertakan pelekat dgn tulisan "thrash metal "di luar kaset yg menjadi tarikan pembeli selain kotak dan kaset nya berwarna Putih.
Memasuki awal tahun 1990...semakin banyak Album2 Metal ekstrim di pasarkan....di waktu ini peminat2 Metal telah merebak ke serata pelusuk negeri...menbuatkan album Metal mendapat sambutan yg tinggi.
Destruction -live with out sense, Dark Angel -darkness descends, Morbid Angel -altar of madness, Tankard-zombie attack, Kristie -pleasure to kill ,Death SS-blackmass...dan banyak lagi.
Antara kaset keluaran Vsp

Keluaran Vsp juga istimewa kerana turut di sertakan poster band biarpun bukan keluaran kaset Album2 baru. Pertengahan 1990,pejabat Vsp berpindah ke Kompleks Campbell k. Lumpur....dan semakin banyak album2 ekstrim Metal luar di keluarkan.....Death Angel, Necro Death, Decide, Testament, Anthrax... ... etc. Kebanyakan album2 ini di copy dari Lp vinyl.Memasuki tahun 1991, Vsp masih mendominasi pasaran muzik Rock Metal Malaysia, Singapura..dan Album2 keluaran Vsp turut di edarkan di Indonesia.
Dlm tahun'91 Joe siva bersama partner nya Richard mula menbuka production house dengan menandatangani kontrak untuk rakaman album artis@band tempatan. Keluaran artis pertama Vsp adalah Album sulung 'Cromok' Image of purity(1991).Asalnya demo Cromok yg Di edarkan di pasaran Ug Australia dlm tahun 1989 kembali di mastering semula dan di jadikan Album sulung Cromok."Album ini asalnya di bawa oleh saudara Jig(jurutera Cromok di Australia & merupakan rakan Cromok yg turut belajar di Sana) dan Jig menberi demo tersebut kpd Joe Siva dan Vsp akhirnya memasarkan Album pertama Cromok dgn cover baru.
Album ini mencetuskan fenomena di dlm arena muzik berat tanahair! Mendapat sambutan yg cukup hebat dari peminat2 muzik rock. Melalui kejayaan inilah Vsp mula mencari band2 Metal local tempatan utk di ketengahkan...'Suffercation' merupakan artis ke 2 bernaung di bawah Vsp.Penghujung '91 Vsp menganjurkan konsert pertama Cromok yg waktu itu baru pulang dari Australia.Konsert Cromok  yg di adakan di Life centre k.lumpur bersama band undangan Suffercation ini mendapat liputan Dan sambutan hebat. Karl Cromok seterusnya berkerja di bawah Vsp sebagai sound ingineer. Tahun  1992 Vsp memasarkan Album pertama Suffercation "Day of darkness" band ug Death Metal pertama Malaysia merekodkan album.,di terbitkan oleh Karl Cromok.Sebuah lagi produk Vsp yg mencetuskan fenomena dlm sejarah muzik berat tanahair.

Dlm tahun 92 juga Vsp memasarkan Album Cromok 'image of purity +live '2 lagu live sewaktu konsert di Life centre k.l
Cromok kemudian nya keluar dan bernaung di bawah labels besar EMI. Tahun 92,juga menyaksikan muncul nya label2 baru yg menjadi saingan buat Vsp  sprt Dark Journey Records, & Sonic Asylum Records,namun pemasaran nya tidak lah sebesar Vsp. Di waktu ini juga Vsp mula mengikat kontrak dgn beberapa lagi band local sprt Ftg-after the promise(1992),..kaset keluaran Vsp juga mula bertukar kpd putih jernih..
1993...Vsp terus menganas dgn mengeluarkan album klasik Sil khannz-Conception of madness' yg  turut melakar kejayaan besar.

Carburetor Dung -song for friends',pula adalah album alternative punk rock terawal di Malaysia selepas album The pilgrims.
1994....Vsp memasarkan pula album pertama dari lagenda Death metal Sarawak Senseless -'E.M.E ',Slum Scum -menace to insanity termasuklah album ke 2 Suffercation yg terus setia bersama Vsp -Cryptic exitense.
Inilah antara album2 Death metal klasik tanahair! Semua nya di pasarkan di bawah Vsp. Label inilah yg terawal menbuka jalan buat band2 Metal local tanahair seperti Sil khannaz, Suffercation,Senseless,Slum Scum,  dpt merekod n memasarkan album pertama mereka di mana waktu ini label2 besar mainstream tidak menbuka jalan buat band2 metal rock tanahair. Tahun 1995...Vsp masih lagi mendominasi pasaran dgn produk2 hebat sprt Album sulung D'cromok-iv year, iv day 1(1995) &iv year iv day 2(1996) termasuk beberapa album kompilasi sprt The Gathring. Di waktu ini Vsp juga mula mengeluarkan album dalam format kaset dan cd. Memasuki tahun 1997,pasaran muzik rock metal mula agak malap di tambah dgn masalah kemelut ekonomi Negara waktu itu yg agak teruk menbuatkan aktiviti Vsp juga agak perlahan....
Joe Siva selaku pengasas mula mencari jalan dgn memasarkan pula album2 dari kump@band rap/dance,hip hop, reggae ...termasuk mengikat kontrak dgn band2 alternative sprt Lost Souls, Extrovert.....


Antara keluaran Vsp era penhujung 90'an.1999 keluaran terakhir album metal dari Vsp adalah dari band Singapore Sakaratul maut-the land called mashyar'dan selepas itu Vsp tidak lagi memasarkan album.Akhirnya penhujung '99 Vsp bertukar kpd nama baru Muzik Trax prods namun tidak serancak dan sehebat Vsp. Muzik trax hanya memasarkan kembali album2 lama keluaran Vsp dlm bentuk cd/kaset.Hanya bertahan untuk seketika dan akhirnya di era mellinium tiada lagi Vsp @ Muzik trax.
Jasa dan sumbangan Vsp dlm arena muzik berat tanahair cukup besar... Label pertama berani menentang arus dgn memasarkan produk2 album Metal ekstrim luar yg waktu ini belum lagi masuk ke pasaran Malaysia. Label pertama yg mengeluarkan album2 dari band metal local tanahair di mana tiada satu pun label mainstream waktu itu menbuka jalan buat band2 ug untuk merakamkan album. Biarpun dlm konteks bisnes dan keuntungan jasa Vsp tetap besar.Melalui kaset2 Vsp inilah ramai anak muda yg mula meminati dan mendengar album2 metal! Kaset2 awal keluaran Vsp kini menjadi historikal dan kembali di cari oleh para collector item. 
Antara karya2 masterpiece VSP :
• Cromok - Image of purity(1991)
• Suffercation - Day of darkness(1992)
• FTG - After the promise(1992)
• Carburetor dung - Song for friends(1993)
• Slum Scum - menace to insanity(1994)
• Senseless - E.M.E(1994)
(Valentine Sounds Production dalam kenangan) 

Fanzine From the East.....Zulmat zine

Zulmat fanzine... Antara fanzine  terawal dari Terengganu, bermula sekitar awal thun 1990 oleh editor'bernama Madi Chong '.Fanzine  terawal dari T'gganu adalah Huru Hara",Aedes zine, dan Heartcore ". Bermula sejak Madi di tingkatan 5 lg. .isu pertama memaparkan interview bersama band2 UG Asia sprt ABHORER, Nutemeron, Demisor,Global chaos, Blackfire, Brain dead... Dan banyak lagi termasuklah cerita2 tentang band Metal barat.Di tulis Tangan..ZuLmat zine berkonsepkan 'open minded ' namun lebih kpd muzik ekstrim Metal. Isu 1 sangat2 sukar utk di temui lagi... Sehingga ke hari ini belum ade orang memuat naik gambar isu 1,, pic di atas adalah isu no 2 yg memaparkan interview bersama Abhorer,Profancer...termasuklah band2 hebat dunia sprt Possessed, Invocator, Persecution ,Phlegethon. . et

Isu no 3
Yg muncul sekitar tahun 1993,masih mengekalkan konsep ekstrim Metal namun lebih tertumpu dgn interview /ulasan tentang band metal antarabangsa.Zulmat zine akhir menghilang dlm tahun 1994 setelah 4 isu di keluarkan..apabila Madi chong(editor)berhijrah ke Sarawak. (Madi turut bermain dlm band melodik punk Faded face). 





FADEDFACE-perintis punx rawk Terengganu



Terengganu...adalah negeri terawal yg
melahirkan banyak Band punk/hardcore seperti MALLARIA , STONED CROWN,P.R.O.V,DPSA,ROTTEN....Dan banyak lagi nama yg muncul untuk.Sebuah lagi band yg muncul untuk seketika FADEDFACE..di tubuhkan pd tahun 1992 oleh Made chong(voc/gitar) Aya (bass) &Faizal (drum). Madi chong adalah merupakan editor fanzine yg cukup di kenali di persada muzik Metal tanahair... Memulakan Zulmat fanzine sekitar awal tahun  1990..antara fanzine terawal di Terengganu  berkonsepkan ekstrim Metal.
FADEDFACE merakamkan demo pertama pd tahun 1993 berjudul "fadedface " berkonsepkan melodic punk dgn 10 buah lagu.. antaranya 'change in my life ',footballer', twinkle little star ',talk say and do..
Demo ini mendapat reaksi positif dr pengikut2 punk.FADEDFACE sempat  bermain di beberapa buah gig di terengganu... Band ini berpecah dlm tahun 1994 apabila Madi chong berhijrah ke Kuching Sarawak atas urusan kerja.
Zulmat zine turut Sama Berkubur..
Di Sarawak Madi bermain untuk Band Mr. Wilson Garden.. Dan 1995 Madi menanggotai band indie terawal Malaysia Nice Stupid Playground,sempat merakamkan 2 buah lagu utk kompilasi di bawah Pony Canyon.. pada 1995,selepas itu Madi terus berundur dr dunia Muzik.

FADEDFACE RE UNION

Setelah 15 tahun  berkubur... Madi Chong tekad menghidupkan kembali ' FADEDFACE ' setelah kembali ke semenanjung. Dgn bantuan joe Kidd.. Madi berjaya mengumpul anggota baru.FADEDFACE 2010...Madi chong (voc/gitar),shahlan(bass)&Nen(drum).Barisan line up yg agak menarik krn Shahlan merupakan bekas anggota band Carburetor dung, Mallaria, Stoned Crows,Unormal Human & Basic Right...dan Nen pula merupakan bekas anggota BeLantara,Wetspeed & Picagari.
Perancangan seterusnya..adalah utk kembali memeriahkan scene muzik Ug tanahair..masih setia dgn  melodik punk Rock!

PICAGARI ( 1987-1991)


PICAGARI 
Rasmi nya di tubuhkan dlm penghujung tahun 1988..Di asaskan oleh Shidi bekas guitarist band PUNISHER. Setelah Di singkirkan dari band tersebut..Shidi mula mencari rakan2 baru utk menbentuk band baru. Shidi mengajak Nen dan Din classic lantas lahirnya band bernama ' DIMENSI '.Nen & Shidi ' juga pernah menjadi seasonist untuk band Rock ' BELANTARA ' dan sempat menbuat rakaman untuk Muzik Muzik '88.
Nen ' juga merupakan kartunis sambilan  utk majalah Geli Geli '(street hawk) yg cukup Di kenali ramai dan menjadi drummer utk band rock ' WETSPEED '. 

Namun tidak lama itu, Din classic keluar dan tempat nya di gantikan oleh ' Izani @ Araya ' yg waktu itu bermain dgn MERCILESS DEATH '... Hayat MERCILESS DEATH tidak lama..berpecah hujung tahun '88.
Dgn kemasukan Araya nama band Di tukarkan kpd ' DESTRUCT ' ..dgn stail Muzik hardcore thrash! Tanggal 16 Jan 1989 nama band ini sekali lagi di tukarkan....kpd ' PICAGARI ' ilham dari Araya yg mahukan satu identiti... PICAGARI mula berlatih dgn gigih...dgn berpaksi Kan jalur muzik Old school thrash metal dr Slayer,Kreator,Destru Destr,...dan Sodom pengaruh utama.

Persembahan sulung PICAGARI adalah pada 2 April 1989 Di pesta Thrash Galactica , Kompleks Kota Raya k.l, Gigs ini mencatat sejarah dgn begitu ramai peminat2 thrash..turut beraksi ASSAULT, HijRAH, BRAIN DEAD, NEMESIS,PUNISHER,RATOR,NECROFIST,
SILENT DEATH,...etc.
Gigs ini telah berlangsung hingga ke pagi.
Nama PICAGARI antara yg paling di sebut dan di ingati..tampil dgn trio bersama persembahan yg cukup mantap dan mengagumkan ! Melalui gigs ini nama PICAGARI mula menjadi sebutan peminat2 thrash metal serata tanahair..

Jun 1989, PICAGARI sekali lagi bermain Di dlm gigs Galactica Final Count Down k.l Turut berpeluang bermain di funfair2 di K.l. Sebuah lagi gig bersejarah adalah anjuran AedeS Noise Management (Joe Kidd) Di Paradise Club k.l.
Dalam waktu yg sama..trio ini mula mengarang lagu2 sendiri.Lagu terawal adalah ' Operation Piggy Bank '... berkonsepkan thrash ! Hasrat mereka adalah untuk merekodkan demo.
Dlm waktu ini...cerita tentang PICAGARI telah tersiar di dlm Fanzine AedeS isu 3, Vortex From the East....

Awal tahun 1990, dlm sibuk mengatur perancangan, Nen telah mengundurkan diri...1991 Nen kembali bersama WETSPEED namun berpecah dlm tahun 1992. Gigs terakhir PICAGARI adalah Di Paradise Club ' Mega Mosh pd  15/12/1990...Araya(vox/bass) Shidi(gitar)& Ollie ex ZAF ( drums ). Beraksi bersama SIL KHANNAZ,ABC DEAD, & BRUTALATOR ex WAIT DEATH .Selepas gigs ini Shidi terpaksa berhijrah ke P.Pinang atas urusan kerja.Tinggalah Araya seorang.... Ollie kemudian bersama SILENT DEATH. PICAGARI akhirnya di kuburkan...
Tiada lagi the best local power trio!!!




Setelah begitu lama nama PICAGARI di lupakan...Mei 2010 band ini kembali di hidupkan untuk gigs K.l  Metal Camp 3. Idea asal penubuhan semula PICAGARI adalah dari Aru Koffin kanser, namun utk gigs ini Aru tidak dapat bersama... PICAGARI kembali mengganas dgn line up Araya (vox/gitar) Hashim SIL KHANNAZ (bass) & Nen (drums). Gigs ini turut menbariskan METALASIA, JASAD , PUNISHER....etc.
Gigs ke 2 pula di Penang...menampilkan Aru bermain bass. Selepas gigs ini..... PICAGARI kembali menghilang krn Araya tiada perancangan untuk merekodkan demo @ Album. Nen pula menanggotai band punk rock lama dari Terengganu FADEDFACE.
Namun PICAGARI tidak Akan kembali lagi..krn Araya tiada lagi,beliau telah kembali ke rahmahtullah pada tahun 2017.

PICAGARI ....Sodomic Malaysian!(R.i.p 1988 - 2010)

AedeS fanzine #6

Year :1992
Concept : Underground Music
Editor : Joe Kidd
Language : English

Interview...
• Birds Brain
• Immortal (Mys)
• Sonic Asylum Record
• Rator
• Poll Tax Blues'
• Dr Paranoise
• Side effect
• Gore fest
• Black Bird
• Mr Green Genes
• Infestation
Wordbug
• Decadence within
• Philippines scene report
• Review Music/Zine
• Article

the sixth edition featuring the brain band grinnoise (Sgp), Immortal from Sarawak who is now changing the name to Mentally Murdered. Rator, Sonic Asylum..and more. 100% written in english.
to those who love to read zine ni can upload link....

File size:44.91 MB
PDF mediafire
Re upload
Aedes fanzine 6

AedeS fanzine 6

√rykolakas(Singapore)


 Semuanya bermula apabila
 Khairil menjadi sangat kecewa dengan kemajuan BESTIAL COLONY. Sebagai pemain drum, dan tidak berkata apa-apa dalam penulisan lagu, Khairil memutuskan untuk membentuk band projek sampingan di mana dia akan menjadi salah seorang penulis lagu. BESTIAL COLONY  ditubuhkan pada tahun 1990 dengan matlamat awal untuk bermain muzik Black/thrash metal , tetapi malangnya untuk Khairil dan band, ia tidak berubah seperti itu. Setelah menbentuk sebuah band tanpa perancangan mereka terus masuk studio dan merekodkan demo tape! Namun ianya tidak menjadi.... Demo "universal decay" Di kutuk oleh pemusik2 Ug Singapore!Di masa yg sama,anggota band tidak berminat dgn band lagi.Pada bulan Julai 1991, Khairil bertemu dengan Shafiee, yang membawa bersama Herman, kedua-duanya dari band DEMONIAC ​​yang sangat dibenci, dan membincangkan mengenai membentuk band  logam maut yang brutal.Lantas terbentuk band three piece bernama TEMULUS. Namun dalam beberapa bulan, Herman mengundur diri atas alasan peribadi, khairil & Shafiee meneruskan band two piece dengan nama baru VRYKOLAKAS.

 Khairil dan Shafiee benar-benar mahu menjadi band Amerika dan Eropah yang brutal, tetapi pada masa yang sama menjadi band logam hitam yang brutal dan pantas, seperti BLASPHEMY dan IMPALED NAZARENE,..etc. Atas kekurang dlm bermain instrumen dan tidak berpengalaman, mereka menuju ke arah gaya muzik logam hitam yang lebih mudah. Lantas lahirnya VRYKOLAKAS  dengan demo  bertajuk 3 lagu dikeluarkan pada tahun 1992 dan ia memberi impak kepada arena logam Singapura.Demo ini di rakam dengan two piece line Up -khairil (voc/bass/drum) & Shafiee (guitar).
 Ramai yang skeptik tentang keupayaan band ini, terutamanya kerana ahli-ahli band adalah bekas ahli-ahli Bestail Colony & DEMONIAC ​​yang dibenci secara terbuka dan mengejek  secara terbuka. Demo ini mendapat reaksi dan sanjungan di arena muzik berat luar Singapura!Sedangkan di tanahair sendiri  VRYKOLAKAS tidak begitu di sukai. Peminat2 Metal antarabangsa banyak membantu VRYKOLAKAS muncul dalam majalah, dikaji semula dan di interview oleh fanzine2 luar. Oleh kerana Khairil menjadi penyumbang utama dalam penulisan lagu, dia merasakan perlunya memainkan instrumen gitar dan mendapatkan pemain drum yang lebih mahir untuk memberikan pemanduan yang lebih kuat ke lagu-lagu baru. Band ini sebelum ini telah mencuba pemain drum MORBIFIC yang terakhir, Kamal, tetapi dia tidak berminat bermain muzik sedemikian. Vrykolakas kemudian mendapat bantuan
AFFENDI, yang benar-benar berminat dan berkongsi visi kumpulan itu, tetapi sikap Shafiee membuatnya marah dan dia meninggalkan band tanpa berkata apa-apa. Shafiee tidak bertanya mengenai masa depan band itu, dan dalam waktu yang sama  Khairil membantu untuk PROFANATION ex BEHEADED, Khairil mengumumkan kematian Vrykolakas biarpun dalam masa itu beliau telah mengarang lagu lagu baru untuk VRYKOLAKAS. Beberapa bulan bersama, khairil akhirnya di singkirkan dari PROFANATION kerana perbezaan halatuju muzik.1995 khairil kemudiannya di panggil untuk menjalani latihan khidmat Negara selama 2 tahun.
Setelah selesai menjalani latihan, khairil tekad untuk kembali menghidupkan VRYKOLAKAS dengan mencari anggota baru. Dia kemudian meminta bantuan Sham, drummer AS SAHAR, untuk bermain drum untuk VRYKOLAKAS,ini kerana anggota2 As SAHAR merupakan kawan rapatnya.  Tetapi oleh kerana Vrykolakas bukan band Elite,Sham tidak dibenarkan bermain" Anggota As Sahar sendiri yang melarangnya, kerana Vrykolakas, di mata mereka, tidak  seperti mereka. Dan , Sham mematuhinya.Khairil terus menulis lagu, mengubah gaya penulisan lagu yang sangat kejam. Lagu-lagu baru muncul lebih berat dan lebih banyak dipengaruhi oleh band-band Amerika dan Eropah. Dia mendapati sepupunya, Iman, juga peminat musik metal, seorang gitar dan bermain dalam kumpulan NEUROTIC VILE . Khairil mendapat Iman untuk bermain gitar sementara dia sendiri bermain Drum buat masa ini sehingga seorang pemain drum ditemui. Drummer akhirnya ditemui, Chris, yang bermain untuk band Iman, NEUROTIC VILE. Malangnya, Chris tidak terlalu berminat dalam muzik VRYKOLAKAS kerana, mengikutnya, lagu VRYKOLAKAS tidak cukup original. Akhirnya, pada Februari 1999, Iman berjaya mendapatkan bantuan Zainal, pemain drum dari Malaysia band
NECREOUS, sebuah band yang membantu banyak usaha dalam VRYKOLAKAS kembali. Zainal boleh dikatakan sebagai penyebab utama kebangkitan VRYKOLAKAS. Tetapi telah dipersetujui bahawa Zainal hanya akan menjadi sesonist sahaja. Andi, vokalis NEUROTIC VILE, juga diminta untuk membantu dalam vokal. Promotrack, "Nuthfah", dirakamkan dan dihantar ke majalah untuk memberitahu dunia bahawa VRYKOLAKAS telah kembali. Line up baru buat VRYKOLAKAS adalah Andi (vocal) khairil (gitar) Iman (gitar /vox) & Zainal (drum). VRYKOLAKAS juga kembali dengan jalur muzik baru iaitu brutal Death Metal! Tanggapan kepada arah muzik baru sangat positif dan menggalakkan, dan VRYKOLAKAS buat pertama kali nya bermain gig sejak di tubuhkan.Tampil dalam gig ini tanpa permain bass dan turut menbuat kejutan dengan memainkan lagu cover dari band tempatan LEVIATHAN yang mendapat sambutan hebat.  Selepas penampilan di Supremefest'99, VRYKOLAKAS sepatutnya dilabel sebagai salah satu band yang paling kejam Singapura. Andi dan Iman sejak itu menjadi anggota  kekal di Vrykolakas, apabila NEUROTIC VILE,berpecah akibat beberapa masalah dalaman. Zainal membantu sepanjang rakaman 4 lagi lagu dan juga membantu bermain drum di Halloween'99. Khairil telah mula mencari pemain drum lain untuk band ini seperti Edi, yang kini bermain untuk HOMICIDE, CASTIGATE, SADISTORY, dan SPHERE, Azli, yang kini bermain untuk DOXOMEDON dan DEEZER, Fauzi, yang kini bermain untuk HAIL, KIBOSH SYBIL KYSMET dan DECIUS dan juga ADJHEEZ, bekas pemain drum dari band metal okultisme Malaysia, LANGSUYR. Bahagian awal tahun 2000 dibelanjakan untuk mencuba untuk menghasilkan hasil yang baik untuk 4 lagu. Oleh kerana terdapat beberapa masalah dengan pengurusan studio Turn New Productions, proses pencampuran menghadapi beberapa penangguhan. Malangnya, apabila pencampuran akhirnya dilakukan, hasilnya tidak memuaskan dan Vrykolakas  teragak-agak untuk melepaskan 4 lagu, yang telah dipersetujui untuk dikeluarkan di bawah label Malaysia, Muzik Box Productions. Tetapi Vrykolakas mendapat harapan apabila mereka menemui Aleeve Enterprise, juruteranya telah  melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam menyusun semula lagu lagu ini.

VRYKOLAKAS muncul dalam Panzer Holocaust 2000 dan kali ini sokongannya semakin besar. Edi dipanggil untuk mengisi kedudukan drummer dalam band  ini dan turut menbantu menyuntik elemen tambahan yang diperlukan oleh Vrykolakas. Sejurus selepas pertunjukan itu, VRYKOLAKAS mula bekerja pada lagu-lagu baru. Rancangan telah dibuat untuk memulakan rakaman pada akhir tahun 2000. Sementara itu, Khairil mencari label lain dan merundingkan pembebasan 4 lagu secara serentak. Khairil menemui dua label, MANGLED MAGGOT STEW PRODUCTIONS dari Belanda, dan MAELSTROM666 PRODUCTIONS, dari Thailand, untuk bersama-melepaskan 4 lagu ini. November 2000 menyaksikan pembebasan demo  "Buried in filthy vomits " di bawah MANGLED MAGGOT STEW PRODUCTIONS lengkap dengan kaset yang di cetak secara profesional dan penutup berwarna penuh. Sebagai tambahan kepada siaran ini, MANGLED MAGGOT STEW PRODUCTIONS juga merancang EP split album memaparkan VRYKOLAKAS dan band Death metal Belanda, SANGUINARY.Tahun 2000 khairil turut menubuhkan label sendiri bernama  Vrykoblast production untuk memudahkan pengurusan band.  Pada masa yang sama, pemilik MUZIK BOX PRODUCTIONS, juga mengesahkan pelepasan EP Split  yang memaparkan VRYKOLAKAS dan band logam kematian brutal Indonesia, KOMA, yang akan dikeluarkan pada Disember 2000, selepas begitu banyak penangguhan. Vrykolakas juga menanti pembebasan "Buried in filthy vomits " oleh MAELSTROM666 PRODUCTIONS. Ini akan menjadi pelepasan yang sangat eksklusif dan penutupnya sepenuhnya dalam bahasa Thai. Malangnya, disebabkan oleh beberapa halangan, salah satu daripadanya adalah bahawa lagu-lagu baru agak rumit dan memerlukan amalan litigant yang  lebih banyak untuk hasil yang lebih hebat, sesi rakaman perlu ditangguhkan. Secara rawak, sesi rakaman dijangka berlaku antara Mac hingga Jun 2001.December 2000: Label Thailand, MAELSTROM666 PRODUCTIONS, mengeluarkan "Buried In Filthy Vomits" sebagai EP kaset dengan pita pendua yang profesional dan penutup berwarna penuh. Tetapi Lori nya dalam Bahasa Inggeris, bukan Thai seperti yang dirancang sebelum ini, untuk akses antarabangsa. Menjelang akhir Disember, VRYKOLAKAS melancarkan CD promo mereka, bertajuk "Vrykolakas 2000", yang menampilkan semua empat lagu daripada siaran "Buried In Filthy Vomits" dan promotrack yang jarang ditemui "Nuthfah". Kotak slip CD mempunyai ciri-ciri karya seni berwarna yang digambarkan oleh komputer oleh rakan ilustrator yang sangat berbakat dalam kumpulan ini.2003 Vrykoblast prods mengeluarkan pula split CD "Supreme Brutal Legions " bersama band dari Indonesia & Thailand. 

2004, VRYKOLAKAS akhirnya mengeluarkan Album pertama " Spawned From hellfire and Brimstone " yang memuatkan 8 buah lagu termasuk lagu2 demo  berkonsepkan Old Brutal Death Metal. Di edarkan di bawah Vrykoblast prods dalam format CD. Iman (gitar/vox) khairil(gitar/bass) Andy (box) & Edi (drum).Album sulung ini mendapat respon positif dari peminat Vrykolakas namun pemasaran nya agak terhad menbuatkan rilisan ini sukar di dapatkan di pasaran metal luar dan hanya yang mengikuti VRYKOLAKAS sahaja yang tahu.  Mereka mula merancang untuk mencari label label luar Negara untuk pasaran yang lebih besar. Memasuki 2005,mereka mula mengarang lagu2 baru untuk album ke 2,dan dalam masa sama melobi label label antarabangsa. Dalam tahun ini juga, anggota2 VRYKOLAKAS mula sibuk dengan kehidupan harian dan family.Rakaman album ke 2 juga di buat semula beberapa kali kerana mereka tidak berpuas hati dengan susunan lagu.

2008,sebuah label dari Thailand Calamity productions telah mengeluarkan album kompilasi "Nocturnal Demons of Death" yang memuatkan lagu dari demo 1992,split CD 2003 & ep vrykolakas 2000.
Dalam bulan Nov 2008,band ini turut melakar kejayaan apabila di beri penghormatan sebagai opening act untuk konsert band lagenda GRAVE di Singapura.
Di atas beberapa faktor album ke 2 Vrykolakas "Unleashing Vrykolakas Upon mankind "akhirnya di riliskan juga dalam format CD pada tahun 2010,setelah 5 tahun tertangguh. Masih di bawah label sendiri Vrykoblast prods. Dalam tempoh rehat anggota2 sibuk dengan family.......Album ke 2 ini masih dalam konteks dan jalur muzik Old school  Death metal namun ianya lebih Dark dan Brutal bersama produksi sound yang lebih baik. Setelah beberapa tahun mencari akhirnya album ini berjaya di riliskan dalam tahun 2011 dalam format kaset oleh label Chile Amotik Nuclear Desolation prods. 2012,Vrykoblast prods meriliskan Split CD "Fire Death Chaos " bersama 2 lagi  band Singapore BEAST PETRIFY & AOTS.Keluaran ini agak istimewa kerana Vrykolakas telah merakamkan 3 lagu baru berpaksikan stail thrash metal yang agresif khas untuk split ini. Rancangan split CD ini telah lama di rancang namun tertangguh kerana faktor kesibukan mereka dengan kehidupan harian. Projek split ini hanya melibatkan Khairil One man band sahaja kerana anggota lain sibuk dengan tugas dan keluarga.

Bagi menanda VRYKOLAKAS masih lagi hidup, sebuah lagi split berjudul "3 way chaos"di sertai pada tahun 2016.bersama 2 lagi band SUICIDAL & SEReIGNOS yang di edarkan dalam kuantiti sangat  terhad oleh label Metal industries.

VRYKOLAKAS masih wujud hingga kini biarpun anggota nya kerap silih berganti. Selagi mastermind Khairil masih aktif band ini akan terus aktif.
Diskografi :

• Vrykolakas -demo 1992
• Promo track Nuthfah -demo 1999
• Promo demo 1999
• Buried in filthy vomits -demo 1999
• Split album koma / vrykolakas(2000)
• MCD Vrykolakas 2000
• Split Supreme Brutal legions 2003
• Spawned from  hellfire and Brimstones - full length 2005
• Nocturnal demons of Death - kompilasi 2008
• Unleashing Vrykolakas upon mankind - full length 2010
• Fire Death chaos -split CD 2012
• 3 Way Chaos - split CD 2016

Old school brutal Death metal from Singapore !!!!
"Nocturnal Demons Of Death "

AedeS fanzine # 5


Aedes fanzine #5

Interview...
• Consumers Guide
• GlobaL Chaos
• Brunei Noises
• Carcass
• Spinners
• Punishment Park
• Picagari
• ZeNoBYL ZdRoj
• Profancer (r.i.p)
• Reviews Zine/music
• Philippines Ug report...

Released :1992
Language : English
Editor : Joe kidd
Concept : Music ug punx/metal


I'm still looking for a zine ... I have uploaded for a new generation of friends ... This 5th edition still maintains a trademark interview with Asian and foreign underground bands. Two otaimmer Singapore Global chaos & Profancers who recorded a great demonstration in 1990..that was inserted on the Picagari which was the last legacy before split ...

Please send Back my stamps!


Necrotic Chaos - Regime Grotesque (full length 2003)



1. Careless Revolution
2. Perilous Curse of Supernatural
3. Regime Grotesque
4. The black flame of hatred
5. Necrochemical Suicide
6. Cataclysmical Enlightenment
7. Necrotic Chaos ( A lust macabre)
8. Reigns Supreme

Line up

Azlanthor ( vox )
Azmaniarkh ( bass )
Jo'0 ( gitar )
Jadam ( gitar )
Wira ( drum )

Released : Full length 2003
Labels : Ultra hingax prods
Format : cd
Genre : Brutal death metal
File : Rar

Full length 2003...from leader of Death metal Malaya! 

Regime Grotesque

Necrotic Chaos - Black As The Insect ( Ep 2005)


1. Black As The Insect
2. It's Depth Impenetrable
3. Immaterial Majesty
4. My Oath For Thee [langsuir cover]

Line up 
Azlanthor ( vox )
Azmaniarkh ( bass )
Jo'0 (gitar)
Jadam ( gitar )
Wira ( drum )

Released : Ep 2005
Label : Ultra hingax prods.
Format : cd
Genre : technical brutal death metal
File : Rar

The first ep from Necrotic Chaos leader metal of the ipoh  .. without the main lead'Adik@Azhar'. A combination of Langsuir members, hayagriva and necrotic Chaos.

Black As The Insect

Mistik - Air Mata Sesalan(Ep 1998)


1. Air Mata Sesalan
2. Her... return I
3. Her... return II Those Forbidden Art
4. Voice of Misery
5. Perjanjian Syaithan(instrumental)

Released : Ep 1998
Labels : PSE
Format : Cassette
Genre : Melodic Black metal
File : Rar

The eldest Ep with the touch of Oz Yusuf, a powerful melodic black metal in the influence of the old Dark Funeral! Mistik' arises in the heavy music time of the homeland of the desolation of 2 works that disparate and uniqueness. Generation of the 3 best black metal malaya besides Hayagriva.
for the new metal generation ... to live the greatness of mystical Malay music nusantara!

Air Mata Sesalan

Damien (Mys)-jahiliah (Ep 2003)



1. Thou of the Countless name
2. Nas Aakhu khan She Ant Asbiu!
3. The Ancient Hymn...Midtro
4. Blood of the Impure
5. Sill in Anna
6. The Gates of Duat ( 0utro )

Line up 
Ramses 13 ( voc )
Omear (gitar )
Limbah ( gitar )
Shepseshare (drums)

Released : Ep 2003
Labels : Nebiula prods
Format : CD
File : Rar (Megaupload)

Damien's first ep, project band from Malaysia's two great metal bands, Sil khannaz & Necrotic Chaos! Featuring 6 pieces of work with the touch of the 90-year Brutal death metal, combined with the lyrical back to the era of ignorance! Also distributed in the Japanese market by Bloodbath record.

JAHILIAH

Blood Angel (Sgp)- Nocturnal Sacrament[demo] 1993




for the second demo from Blood Angel, still with a black death style but the song structure in coral with a long duration ... featuring 4 tracks


1. "Sacrificial rites". 15:24
2. "Sacrilegious"   08:12
3.  "Spiritual Night "   09:52
4. "God Of God"    13:15

Line up :

Brutal bot (vox)
Yee(gitar)
Din(bass)
Taliban(gitar)
Nazri sotong (drums)

track files made for track by track because the size for one song is quite large .. to extreme heavy music enthusiasts are safe to download. I'm just looking for a demo of the old asia band hard to find, I just want to share it for a new metal generation, the first demo I've ever met .. to my partner's partner please share.I'm still searching this first demo " In evil we trust "(1992).

Released : second demo 1993
File : zip
Genre : Black/Death metal.

Note : for the song link click on each song track above.

Vortex from the east zine # 11 (1994)

  Vortex from the east # 11 1994  Editor : Ajizz  Bahasa : Malay/english  Interview :  Nirvana Darklord Immured Langsuir Nebiras...